>

UNDANG-UNDANG

Sepanjang hampir 15 tahun menimba pengalaman berkhidmat sebagai seorang peguamcara di Lembah Kelang, saya kerap menguruskan kes-kes seperti yang dinyatakan dibawah. Sekiranya anda ingin mendapatkan pandangan perundangan dan konsultasi berkenaan dengan kes-kes dibawah ini, anda boleh berhubung dengan saya di 0129797494 atau email saya di norhafeezlaw@gmail.com.

nor hafeez law

SAMAN MALU / FITNAH (DEFAMATION)

Fitnah. Ianya bukan sahaja memalukan dan menjatuhkan reputasi malah ianya boleh memecah belahkan keluarga dan masyarakat dan menghancurkan hidup. Dapatkan pandangan peguam mengenai masalah anda, samada anda difitnah atau dituduh melakukan fitnah.

PENCEROBOHAN TANAH (LAND ENCROACHMENT)

Pencerobohan tanah bukanlah satu perkara yang boleh di ambil mudah. Pastikan langkah-langkah yang perlu anda ambil sebelum anda memulakan tindakan di Mahkamah. 

TUNTUTAN HUTANG (DEBT RECOVERY)

Hutang, samada hutang persendirian atau korporat, walaupun untuk memberikannya adalah sesuatu perkara yang cukup mudah namun proses untuk  menuntut hutang boleh menjadi proses yang sangat komplek dan rumit tanpa penglibatan peguam. Samada membuat tuntutan untuk amaun yang kecil di Mahkamah Tuntutan Kecil (bawah RM5,000) atau amaun yang lebih besar, mendapatkan pandangan peguam boleh membantu anda merangka langkah yang terbaik.

PECAH KONTRAK (BREACH OF CONTRACT)

Tindakan pecah kontrak boleh merujuk kepada apa sahaja jenis perjanjian yang dibuat diantara pihak-pihak yang berkontrak. Apabila salah satu pihak gagal untuk menjalankan tanggungjawab mereka berdasarkan perjanjian, maka pecah kontrak berlaku. Peguam akan membantu anda menilai kekuatan kontrak anda dan bagaimana untuk bertindakan ke atas pihak yang mungkir.

BANKRAPSI / MUFLIS & PENGGULUNGAN SYARIKAT (BANKRUPTCY & WINDING UP OF COMPANIES)

Muflis dan penggulungan syarikat bukanlah penyudahan muktamad untuk individu dan syarikat-syarikat. Dapatkan penjelasan terperinci tentang bagaimana proses bankrapsi dan penggulungan syarikat dijalankan.

HARTA PUSAKA (PROBATE & ESTATE ADMINISTRATION)

Pembahagian harta pusaka adalah suatu perkara yang perlu dilakukan dengan penuh tertib dan teliti. Apatah lagi ianya melibatkan hak-hak para waris yang perlu dipenuhi dengan sempurna. Khidmat peguam sangat penting bagi membolehkan proses pembahagian harta pusaka kepada kesemua waris waris yang layak dapat disempurnakan.

BUANG KERJA & UNDANG-UNDANG PEKERJAAN (EMPLOYMENT TERMINATION AND LAW)

Seorang pekerja telah diberhentikan kerja? Majikan telah memberhentikan perkhidmatan pekerjanya? Adakah pemberhentian tersebut telah mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan oleh undang-undang? Konsultasi tentang proses dan hak mengikut Akta Pekerjaan adalah penting bagi pekerja dan majikan. 

JENAYAH SIBER (CYBER CRIMES)

Ada penyebaran gambar-gambar jelek oleh individu yang tidak bertanggungjawab? Atau anda telah dituduh menyebarkan gambar tidak senonoh atau meninggalkan komen-komen jelik di media sosial? Adakah anda boleh didakwa? Dapatkan pandangan peguam sebelum memulakan apa-apa tindakan.

PERLANGGARAN HAKCIPTA (COPYRIGHT INFRINGEMENT)

Apa itu harta intelek dan hakcipta? Bagaimana ianya boleh dicerobohi? Harta intelek adalah sesuatu isu yang sering dipinggirkan oleh masyarakat umum apatah lagi mengenai kesedaran tentang perlanggaran hak cipta. Ini tidak seharusnya berlaku.

TUNTUTAN CIPAA 2012 (CIPAA CONSULTATION)

Apa itu tuntutan melalui CIPAA 2012? Apa itu Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012? Konsultasi dan kefahaman mengenai tuntutan melalui CIPAA serta proses dan prosedur yang perlu diikuti bagi membolehkan tuntutan dibuat adalah sangat penting bagi pemain-pemain di dalam industri pembinaan (Construction Industry). 

TUNTUTAN BADAN PENGURUSAN (MANAGEMENT BODIES CONSULTATION)

Bayaran penyenggaraan ataupun fi maintenance adalah merupakan isu terbesar yang seringkali dihadapi oleh Badan-Badan Pengurusan untuk kediaman-kediaman berbentuk strata. Peguam boleh membantu memberikan nasihat tentang langkah yang boleh diambil terhadap pemilik unit yang ingkar (defaulters).