>

PEGUAM AI

PENERANGAN RINGKAS DENGAN NORHAFEEZ.AI

Pastikan soalan yang ditanya adalah berkenaan dengan penerangan dan penjelasan berkenaan undang-undang yang tertentu SAHAJA (cth: Terangkan syarat saman fitnah /  terangkan tentang undang - undang kebankrapan / jelaskan tentang pencerobohan tanah). 

Norhafeez.ai hanyalah platform untuk memberikan penjelasan umum dan ringkas tentang undang-undang berdasarkan rencana yang terkandung di dalam www.norhafeezlaw.com yang tidak merangkumi semua lapangan undang-undang.

AI kami adalah kecerdasan buatan (ariticial intelligence) (masih dalam fasa beta-testing) yang tidak akan sama sekali memberi jawapan yang tepat atau memuaskan atau jawapan dengan kualiti yang sama dengan jawapan yang diberikan oleh seorang peguam. Malah anda diingatkan untuk tidak menjadikan jawapan daripada AI kami sebagai panduan untuk memulakan sebarang tindakan tanpa terlebih dahulu merujuk kepada seorang peguam.

Oleh yang demikian, tidak digalak bertanya soalan yang meminta AI kami menilai fakta kes anda (cth: kes saya begini dan begini, apa perlu saya buat?) kerana anda tidak akan mendapat jawapan yang memuaskan daripada AI kami. Simpan soalan sebegitu untuk ditanya kepada peguam yang sebenar di dalam sesi konsultasi.

Kami tidak bertanggung jawab di atas kegagalan anda untuk merujuk kepada seorang peguam dan di atas sebarang kekeliruan, salah tafsir dan/atau salah faham daripada jawapan AI kami.  

Pastikan juga soalan ditaip dengan ejaan yang penuh dan tidak menggunakan short form.

SEKALI PERINGATAN DIBERIKAN BAHAWA JAWAPAN YANG DIBERIKAN DISINI BUKANLAH JAWAPAN DARIPADA PEGUAM KAMI TETAPI DARIPADA ARTIFICIAL INTELLIGENCE (AI) YANG MASIH DALAM FASA UJILARI. OLEH YANG DEMIKIAN ANDA DITEGAH SAMA SEKALI UNTUK MENJADIKAN MANA-MANA JAWAPAN AI DISINI SEBAGAI PANDUAN UNTUK MEMULAKAN SEBARANG TINDAKAN TANPA TERLEBIH DAHULU MERUJUK KEPADA SEORANG PEGUAM. KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNG JAWAB TERHADAP SEBARANG TINDAKAN YANG DILAKUKAN TANPA RUJUKAN PEGUAM YANG BERPENGALAMAN!!!