Kepentingan Cop Penerimaan Syarikat pada Dokumen Tuntutan Pembayaran untuk Kes Work Done Material Supplied dan Goods Sold and Delivered
Dalam penyediaan dan penyerahan dokumen-dokumen untuk tujuan tuntutan pembayaran syarikat bagi kes-kes kerja siap material dibekalkan (Work Done Material Supplied) atau barangan dijual dan dihantar serah (Goods Sold and Delivered), memastikan penyerahan dokumen-dokumen transaksi di antara syarrikat penjual dan syarikat pembeli disahkan melalui bukti serahan diperakui atau acknowledgment receipt adalah yang sangat penting.
1. Sebagai pemilik perniagaan yang membekalkan barangan atau material, penyediaan dokumen yang lengkap dan tersusun adalah kritikal sebelum membuat sebarang tuntutan di Mahkamah.
2. Seperti yang kita sedia maklum, dokumen seperti pesanan penghantaran (delivery order) dan invois memainkan peranan penting sebagai bukti urus niaga dan asas untuk menuntut pembayaran. Tanpa dokumen yang lengkap, tuntutan pembayaran mungkin akan ditolak atau dipertikaikan, menyebabkan kelewatan dan kerugian yang besar.
3. Walaupun sedar akan kepentingan untuk menyelaraskan dan menyusun dokumen-dokumen transaksi jual beli, kadangkala pemilik perniagaan kerap cuai dalam mendapatkan cop penerimaan syarikat atau acknowledgment receipt apabila menyerahkan dokumen-dokumen penting ini.
4. Kecuaian sebegini boleh memberi kesan yang besar sekiranya tuntutan pembayaran mula dipertikaikan oleh pembeli. Tanpa cop acknowledgment receipt, adalah sukar untuk membuktikan bahawa dokumen telah diterima oleh pihak pembeli dan ini akan membuka ruang untuk pertikaian yang merumitkan proses tuntutan.
5. Apabila tuntutan pembayaran dipertikaikan, tuntutan yang sepatutnya mudah boleh menjadi sangat rumit.
6. Di Mahkamah, penyerahan sesuatu dokumen lazimnya akan sentiasa dicabar, dan penjual biasanya dituntut untuk memberikan bukti bahawa dokumen tersebut telah berjaya diserahkan.
7. Tanpa bukti yang kukuh seperti cop penerimaan syarikat dan acknowledgment receipt, penjual mungkin menghadapi kesukaran untuk membuktikan kesahihan tuntutan mereka.
8. Untuk mengelakkan masalah ini, adalah penting untuk memastikan setiap dokumen diserahkan dengan cop penerimaan syarikat penerima atau acknowledgment receipt.
9. Acknowledgment receipt ini berfungsi sebagai bukti rasmi bahawa dokumen telah diterima oleh pihak pembeli. Dengan adanya cop penerimaan ini, penjual dapat mengukuhkan tuntutan mereka dan mengelakkan sebarang pertikaian mengenai penyerahan dokumen.
10. Cop penerimaan syarikat atau acknowledgment receipt pada dokumen seperti pesanan penghantaran dan invois adalah sangat penting dalam memastikan tuntutan pembayaran berjalan lancar.
11. Sebagai pemilik perniagaan, pastikan setiap dokumen diserahkan dengan cop penerimaan untuk mengelakkan sebarang pertikaian di masa hadapan. Dengan langkah ini, anda dapat melindungi hak anda dan memastikan pembayaran diterima tanpa masalah.
________________________
Penafian: Rencana ini diterbitkan dengan tujuan untuk kesedaran dan pengetahuan umum. Mana-mana bahagian yang terkandung di dalam rencana ini tidak boleh dijadikan panduan untuk memulakan tindakan undang-undang secara sendirian, tanpa terlebih dahulu merujuk kepada seorang peguam yang berpengalaman.
Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan rencana ini atau untuk mengatur sesi konsultasi guaman, anda boleh berhubung dengan mana-mana peguam pilihan anda, atau pun anda boleh menghubungi kami melalui whatsapp dengan menekan imej diatas.
0 Pertanyaan & Jawapan
Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.