>

NORHAFEEZLAW.COM MENJELANG 2024

 

hafeez dan hazlina

Assalamualaikum dan salam sejahtera kami ucapkan kepada semua para pembaca laman rencana perundangan norhafeezlaw.com. Semoga tuan-tuan dan puan-puan berada di dalam keadaan yang sihat wal'afiat, gembira dan positif senantiasa.

Dalam beberapa hari lagi, kita semua akan melangkah ke dalam tahun yang baru, tahun 2024. Semoga Allah membukakan dengan seluas-luasnya pintu rahmat dan rezeki untuk kita semua.


Alhamdulillah, bagi tahun 2023, jumlah pembaca-pembaca yang melawati laman norhafeezlaw.com, kami dapati telah dan semakin meningkat daripada tahun-tahun yang sebelumnya. Kadar lawatan lazim yang kami terima adalah lebih kurang 30,000 ke 40,000 lawatan setiap bulan. Purata dalam kurang lebih 1000 lawatan setiap hari.
 
Mungkin jika dibandingkan dengan capaian media sosial dan zaman pempengaruh hari ini, angka 1000 capaian sehari itu bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan sangat, namun bagi sebuah laman yang memerlukan pembacaan, ianya tetap sesuatu yang positif dan memberansangkan.

Bagi kami, ini adalah tetap satu peningkatan yang positif. Harapannya, akan lebih ramai lagi anggota masyarakat di luar sana yang akan lebih cakna dan celik berkenaan dengan undang-undang dan pengaplikasiannya, tidak kira sebagai pengetahuan umum atau sebagai persediaan untuk memulakan sesuatu tindakan.

وَوَجَدَكَ ضَآلًّۭا فَهَدَىٰ
Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?
Surah Addhuha ayat 7

Fitrah manusia itu sentiasa mencari-cari petunjuk. Apabila kita kedalam satu kesulitan, maka berikhtiar dan carilah ilmu dan pengetahuan yang boleh memberi manfaat. Dengan harapan dengan ilmu dan pengetahuan yang bakal diperolehi itu, bukan sahaja boleh menjadi petunjuk untuk kita cuba keluar dari kesulitan malah sebagai tauladan dan sempadan untuk hari-hari kita yang mendatang. Seiringkanlah doa dengan ikhtiar.
 
Namun ingat, sekiranya tuan-tuan dan puan-puan berhasrat untuk mengambil apa jua tindakan, apa sahaja ilmu, pengetahuan atau maklumat asas yang tuan-puan dapati daripada laman ini, hendaklah ianya disusuli dengan nasihat perundangan profesional daripada seorang peguam yang berpengalaman. 

Tuan-Puan boleh menghubungi kami atau boleh sahaja memilih mana-mana peguam yang Tuan-Puan suka dan selesa. Jangan bertindak tanpa merujuk kepada peguam yang Tuan-Puan pilih. Jangan takut untuk berhubung dan bersahabat dengan peguam. Rata-rata peguam di sekitar lembah kelang ini masih makan dipinggan dan minum dicawan.

Sekiranya ada mana-mana rencana kami yang terkandung di dalam laman ini telah memberi manfaat kepada Tuan-Puan, maka diharapnya dapatlah dikongsi rencana-rencana tersebut di laman media sosial Tuan-Puan, supaya orang lain juga dapat beroleh manfaat dan faedah yang serupa.


Apa-apa pun, kami berharap dan berdoa agar tahun 2024 adalah tahun yang terbaik buat tuan-tuan dan puan-puan semua. Semoga urusan-urusan kita di waktu mendatang akan sentiasa dipermudahkan. Insya Allah, Amin. 

وَلَلْـَٔاخِرَةُ خَيْرٌۭ لَّكَ مِنَ ٱلْأُولَىٰ
وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَىٰٓ
Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.
(Surah Addhuha ayat 4-5)

yang benar
NOR HAFEEZ NURUL HADI
Peguambela & Peguamcara
Tetuan Hafeez & Hazlina
norhafeezlaw.com

0 Pertanyaan & Jawapan

Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.