>

TAK MAHU BAYAR PEGUAM. APA AKIBATNYA?

bayaran fi peguam
Anda telah melantik seorang peguam dan firma guamanya untuk mewakili anda di Mahkamah. Peguam telah memberikan anda invois bagi perkhidmatannya. Anda enggan membuat pembayaran yuran guaman peguam anda. Apakah akibatnya?

1. Kekeringan dana boleh menyebabkan penyelenggaraan kes anda terjejas dan pemfailan apa-apa dokumen penting menjadi tertangguh. Kesan dan mudarat penangguhan pemfailan apa-apa dokumen di Mahkamah amat-amatlah besar.

2. Peguam anda juga berhak untuk tidak meneruskan kes anda dan menarik diri dari mewakili anda. Ketiadaan peguam boleh menyebabkan kes anda tergantung ataupun dibatalkan dan dibuang begitu sahaja. Lebih teruk, anda turut diarahkan untuk membayar kos pihak yang satu lagi.

3. Peguam anda turut berhak untuk mengenakan sekatan atau tidak memberikan sebarang akses terhadap salinan dokumen-dokumen yang berada di dalam simpanan beliau kepada anda dan peguam baru anda. Ini menyebabkan anda atau peguam baru anda perlu mengumpul semula dokumen-dokumen berkaitan dari awal.

4. Anda juga akan menanggung fi guaman baru yang berlipat kali ganda banyaknya. Kes-kes yang terjejas disebabkan kelewatan pemfailan atau ketiadaan / penarikan diri peguam atau pengumpulan semula dokumen untuk kes anda, kesemua memerlukan fi guaman baru yang berlipat kali ganda.

5. Risiko tiada lansung peguam yang mahu mewakili anda disebabkan reputasi anda yang culas membayar yuran guaman.

6. Disaman oleh peguam anda sendiri.

_________________________


Penafian: Rencana ini diterbitkan dengan tujuan untuk kesedaran dan pengetahuan umum. Mana-mana bahagian yang terkandung di dalam rencana ini tidak boleh dijadikan panduan untuk memulakan tindakan undang-undang secara sendirian, tanpa terlebih dahulu merujuk kepada seorang peguam yang berpengalaman.

Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan rencana ini atau untuk mengatur sesi konsultasi guaman, anda boleh berhubung dengan mana-mana peguam pilihan anda, atau pun anda boleh menghubungi kami melalui whatsapp dengan menekan imej diatas.

0 Pertanyaan & Jawapan

Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.