>

RENCANA UNDANG-UNDANG DI NORHAFEEZLAW

pengetahuan bukan panduan

MESEJ KHIDMAT MASYARAKAT NORHAFEEZLAW.COM

Apabila kita berada di dalam kekusutan, samada kerana ingin memulakan tindakan saman terhadap seseorang ataupun kita sedang menghadapi tindakan saman daripada seseorang atau entiti, di antara perkara pertama yang kita akan lakukan adalah untuk mendapatkan maklumat.

1. Sekiranya dahulu, kita perlu menjengah atau menghubungi pejabat-pejabat peguam untuk mendapatkan maklumat berkenaan undang-undang. 

2. Namun sekarang, majoriti daripada kita di zaman teknologi maklumat (information technology) ini lazimnya akan menggunakan internet untuk mendapatkan maklumat dan informasi, tidak kira samada melalui media sosial popular seperti facebook, twitter, instagram, youtube dan tik tok ataupun melalui enjin carian (search engine) popular seperti Google atau Bing.

3. Di era maklumat di hujung jari (at the tips of our fingers) ini, pelbagai maklumat yang kita boleh perolehi dengan mudah berkenaan pelbagai jenis undang-undang termasuklah berkenaan prosedur-prosedur dan juga tatacara tindakan-tindakan undang-undang tertentu.

4. Namun kita perlu sentiasa berwaspada dan beringat, apa sahaja yang di baca, terutamanya dari laman norhafeezlaw.com ini, hendaklah dibaca sebagai dan dengan tujuan pengetahuan semata-mata, dan sama sekali tidak boleh digunakan sebagai panduan untuk anda memulakan tindakan secara sendiri tanpa terlebih dahulu merujuk kepada peguam-peguam yang berpengalaman pilihan anda.

5. Peringatan ini bukan sahaja terpakai untuk setiap satu rencana di dalam norhafeezlaw.com ini, bahkan kepada semua dan mana-mana rencana undang-undang di dalam mana-mana laman yang anda temui melalui enjin carian. 

6. Sesudah anda membaca, pastikan anda terlebih dahulu menghubungi peguam yang menulis rencana tersebut, mengaturkan sesi konsultasi dengan beliau dan mendapatkan nasihat perundangan yang lebih terperinci sebelum membuat sebarang keputusan atau tindakan.

7. Apatah lagi kelazimanya, rencana-rencana undang-undang di laman-laman di internet selalunya hanya akan memberikan penerangan secara umum (dengan tujuan pengetahuan) dan pada kebiasaannya tidak akan memberikan penerangan secara terperinci tentang tatacara dan prosedur yang di amalkan di dalam sesuatu proses di Mahkamah.

8. Ditambah pula pihak Mahkamah sentiasa mengeluarkan arahan-arahan amalan yang baru dan terkini dari semasa ke semasa kepada para pengamal undang-undang dengan tujuan untuk penambahbaikan amalan dan tatacara prosiding di Mahkamah.

9. Jadi, pastikan kita prihatin berkenaan dengan mesej ini. Apa sahaja yang anda baca di dalam laman norhafeezlaw.com ini, hendaklah dibaca sebagai pengetahuan umum semata-mata dan tidak boleh dijadikan sebagai panduan untuk anda mengambil tindakan secara sendiri tanpa terlebih dahulu merujuk kepada peguam pilihan anda.

_________________________


Penafian: Rencana ini diterbitkan dengan tujuan untuk kesedaran dan pengetahuan umum. Mana-mana bahagian yang terkandung di dalam rencana ini tidak boleh dijadikan panduan untuk memulakan tindakan undang-undang secara sendirian, tanpa terlebih dahulu merujuk kepada seorang peguam yang berpengalaman.

Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan rencana ini atau untuk mengatur sesi konsultasi guaman, anda boleh berhubung dengan mana-mana peguam pilihan anda, atau pun anda boleh menghubungi kami melalui whatsapp dengan menekan imej diatas.  

0 Pertanyaan & Jawapan

Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.