>

PERMOHONAN MAAF TERHADAP FITNAH

fitnah mohon maaf

Rencana ini akan memberikan maklumat secara ringkas berkenaan dengan fungsi permohonan maaf (apology) di dalam sesuatu tindakan saman fitnah atau defamation.

SAMAN FITNAH

1. Sebagaimana yang anda sedia maklum, undang-undang Fitnah menerusi Akta Fitnah 1957 (Defamation Act 1957) berfungsi untuk melindungi reputasi seseorang daripada tuduhan palsu atau fitnah. 

2. Orang yang difitnah berhak menuntut dan mendapat pampasan sewajarnya sekiranya beliau berjaya memenuhi syarat-syarat fitnah (elements of defamation) di Mahkamah.

PEMFITNAH MEMOHON MAAF

3. Di dalam undang-undang fitnah, permohonan maaf yang dibuat oleh pemfitnah kepada orang yang difitnah, tidak akan melindungi pemfitnah tersebut daripada tindakan undang-undang.

4. Namun begitu, suatu permohonan maaf yang dibuat dengan serta merta (prompt) adalah cara yang berkesan untuk pemfitnah memitigasi / mengurangkan kadar kerugian (mitigation of damages), lebih-lebih lagi sekiranya permohonan maaf itu dibuat sebelum saman difailkan. 

5. Malah permohonan maaf yang dibuat serta merta boleh mengelakkan pemfitnah daripada dikenakan Gantirugi Teruk (aggravated damages). 

6. Mahkamah akan menilai perwatakan pemfitnah sebelum membuat sebarang keputusan.

6. Namun, perlu diingat sekali lagi bahawa permohonan maaf tidak akan melindungi pemfitnah daripada dikenakan tindakan saman. 

7. Hanya dengan membuat permohonan maaf tidak bermakna si pemfitnah akan terlepas daripada membayar apa-apa pampasan kepada orang yang difitnah.

8. Mahkamah akan turut menilai beberapa faktor lain, diantara lainnya termasuklah, perwatakan pemfitnah, kewujudan permohonan maaf, keseriusan tuduhan, tahap kepercayaan masyarakat terhadap orang yang difitnah, dan sama ada pemfitnah telah melakukan tindakan yang mencukupi untuk memperbaiki reputasi mangsa selepas melakukan tindakan fitnah.

9. Jadi, adakah anda masih boleh memfailkan tindakan saman terhadap orang yang memfitnah walaupun si pemfitnah membuat permohonan maaf? Jawapannya ya, masih boleh.

10. Untuk apa membuat permohonan maaf sekiranya masih boleh di saman? Jawapannya adalah untuk mengurangkan kadar pampasan yang dikenakan atau sekiranya Mahkamah rasakan sesuai, pemfitnah boleh juga dikecualikan daripada membayar sebarang pampasan.

_________________________


Penafian: Rencana ini diterbitkan dengan tujuan untuk kesedaran dan pengetahuan umum. Mana-mana bahagian yang terkandung di dalam rencana ini tidak boleh dijadikan panduan untuk memulakan tindakan undang-undang secara sendirian, tanpa terlebih dahulu merujuk kepada seorang peguam yang berpengalaman.

Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan rencana ini atau untuk mengatur sesi konsultasi guaman, anda boleh berhubung dengan mana-mana peguam pilihan anda, atau pun anda boleh menghubungi kami melalui whatsapp dengan menekan imej diatas.

 

0 Pertanyaan & Jawapan

Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.