Dewasa ini, skim-skim penipuan yang melibatkan penyamaran sebagai peguam amat berleluasa. Oleh yang demikian, adakah terdapat cara untuk mendapatkan kesahihan dan kepastian bahawa individu yang berhubung dengan anda itu adalah seorang peguam?
1. Anda boleh membuka enjin carian google dan menaip Malaysianbar ataupun Majlis Peguam pada bar carian atau lawati laman web https://www.malaysianbar.org.my
2. Pada muka depan laman web Majlis Peguam, klik pada pautan Legal Directory.
3. Di dalam laman legal directory akan terdapat ruang untuk anda membuat carian peguam. Pastikan anda mendapatkan nama individu atau peguam tersebut ataupun nama firma guamannya dan pastikan ejaan namanya adalah tepat. Taip namanya pada ruang yang disediakan untuk carian.
5. Sekiranya namanya atau firma guamannya tidak tersenarai di dalam direktori Majlis Peguam, maka berkemungkinan individu tersebut bukanlah seorang peguam yang berdaftar dengan Majlis Peguam.
6. Sentiasalah berhati-hati sebelum memberikan sebarang maklumat kepada individu tersebut.
_________________________
Penafian: Rencana ini diterbitkan dengan tujuan untuk kesedaran dan pengetahuan umum. Mana-mana bahagian yang terkandung di dalam rencana ini tidak boleh dijadikan panduan untuk memulakan tindakan undang-undang secara sendirian, tanpa terlebih dahulu merujuk kepada seorang peguam yang berpengalaman.
Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan rencana ini atau untuk mengatur sesi konsultasi guaman, anda boleh berhubung dengan mana-mana peguam pilihan anda, atau pun anda boleh menghubungi kami melalui whatsapp dengan menekan imej dibawah.
0 Pertanyaan & Jawapan
Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.