>

SAMAN DAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG

saman, peguam, peguam saman, kepentingan saman

Rencana ini akan memberikan penerangan ringkas berkenaan kepentingan saman dan tindakan undang-undang di dalam menuntut sesuatu hak serta peranan yang dimainkan oleh seorang peguam yang dilantik untuk mengendalikan tindakan tersebut. 

APA ITU UNDANG-UNDANG SIVIL?

1. Secara umumnya undang-undang sivil adalah undang-undang yang mengaturcara (regulate) hubungan, hak, tanggungjawab dan urusan peribadi di antara seseorang individu dengan individu yang lain.

2. Jadi, apabila hubungan, hak, tanggungjawab dan urusan peribadi seseorang itu menjadi pertikaian, maka diantara cara yang terbaik untuk menyelesaikan pertikaian tersebut adalah; dengan memfailkan tindakan undang-undang di Mahkamah.

3. Tindakan undang-undang ini secara lazimnya dikenali umum sebagai proses saman. 

PENYELESAIAN PERTIKAIAN DAN KONFLIK

4. Sesuatu tindakan undang-undang melalui proses saman ini adalah langkah terakhir (last resort) untuk menyelesaikan sebarang pertikaian yang melibatkan hubungan, hak, tanggungjawab dan urusan anda dengan satu pihak yang lain, selepas segala perbincangan dan rundingan menemui jalan buntu.

5. Oleh yang demikian, apa-apa saman dan tindakan undang-undang, pada kebiasaannya, adalah bertujuan untuk mendapatkan kembali sesuatu hak sekira ianya dirampas, mendapatkan gantirugi atau pampasan sekira ianya dilanggar, mendapatkan arahan-arahan khusus disisi undang-undang untuk memastikan hak tersebut dipelihara dan terjamin. 

PENGHAKIMAN DAN PERINTAH MAHKAMAH

6. Bagaimana? Dengan mendapatkan penghakiman atau perintah-perintah (judgments and orders) tertentu daripada Mahkamah melalui saman dan tindakan undang-undang.

7. Penghakiman atau perintah-perintah yang diperolehi daripada Mahkamah ini lah yang akan menjadi bukti dan asas kukuh untuk menjamin pengembalian semula hak dan menamatkan sebarang pertikaian terhadap hak tersebut secara muktamad.

norhafeezlaw, peguam


PERANAN PEGUAM

8. Mungkin semua ini kedengaran dan kelihatan kompleks atau sedikit filosofikal bagi orang awam. Maka disinilah para peguam memainkan peranannya yang penting.

9. Selain membantu mewakili seseorang anak guam di dalam sesuatu tindakan di Mahkamah, seorang peguam yang telah dilantik juga bertanggungjawab, di antara lainnya, untuk membantu anak guamnya membuat pilihan di dalam sesuatu tindakan undang-undang.

10. Bagaimana cara seseorang peguam boleh membantu? Dengan memberikan penjelasan dan memudahfahamkan berkenaan dengan hak, tanggungjawab serta undang-undang yang dilaraskan untuk menjaga hak dan tanggungjawab tersebut  kepada anak guam.

10. Penjelasan yang secukupnya berkenaan dengan apa sahaja tindakan undang-undang sebenarnya adalah sangat penting kerana; hanya dengan kefahaman sahaja lah seseorang anak guam itu akan mampu menilai setiap pilihan yang beliau ada sebelum membuat sebarang keputusan.

11. Kerana peguam tidak akan membuat keputusan bagi pihak anda. Peguam hanya membantu anda membuat keputusan yang terbaik.

_________________________

Penafian: Rencana ini diterbitkan dengan tujuan untuk kesedaran dan pengetahuan umum. Mana-mana bahagian yang terkandung di dalam rencana ini tidak boleh dijadikan panduan untuk memulakan tindakan undang-undang secara sendirian, tanpa terlebih dahulu merujuk kepada seorang peguam yang berpengalaman.

Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan rencana ini atau untuk mengatur sesi konsultasi guaman, anda boleh berhubung dengan mana-mana peguam pilihan anda, atau pun anda boleh menghubungi kami melalui whatsapp dengan menekan imej dibawah.


0 Pertanyaan & Jawapan

Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.