>

KOS GUAMAN SAMAN FITNAH

saman fitnah, peguam fitnah, akta fitnah
 

Di antara persoalan utama yang sering menjadi persoalan kepada orang awam sebelum memulakan sebarang tindakan di Mahkamah adalah berkenaan dengan kos guaman. Rencana ini akan membincangkan secara ringkas faktor-faktor yang mempengaruhi kos guaman tindakan saman malu.

KOS PEGUAM SAMAN MALU/FITNAH

1. Umum mengetahui bahawa apa sahaja tindakan di Mahkamah melalui peguam memerlukan kos, terutamanya bagi tindakan saman fitnah.

2. Tindakan saman fitnah adalah proses saman yang rumit, jadi anda perlu mendapatkan khidmat peguam-peguam yang berpengalaman menguruskan kes saman fitnah.

3. Peguam lazimnya akan memberikan pandangan dan penjelasan terperinci berkenaan dengan kos sebelum memulakan sebarang tindakan bagi pihak anak guam.

4. Selepas mendapat penerangan jelas berkenaan dengan kos peguam, anda mempunyai pilihan samada untuk bersetuju dengan kos yang diberikan ataupun memilih untuk tidak meneruskan dengan tindakan.

5. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan kos guaman saman fitnah menjadi tinggi?

KERUMITAN PROSES TINDAKAN

6. Setiap tindakan dan proses yang dijalankan di Mahkamah melibatkan kerumitannya yang tersendiri.

7. Sesuatu kes sekurang-kurang akan melalui 6 atau 7 fasa atau peringkat tindakan, dimana setiap satu fasa-fasa ini mempunyai cabaran-cabaran dan kerumitannya yang tersendiri.

8. Oleh sebab itu, jika sesuatu kes itu melibatkan proses dan prosedur yang rumit, maka kos guaman lazimnya akan menjadi semakin tinggi. 

KAJIAN KES DAN UNDANG-UNDANG

9. Diantara keperluan utama sebelum seorang peguam memulakan sesuatu tindakan atau menyediakan sesuatu dokumen adalah persediaan melalui kajian kes dan undang-undang.

10. Cara terbaik untuk memahami perlaksanaan undang-undang yang termaktub di dalam akta adalah melalui keputusan-keputusan Mahkamah.

11. Peguam perlu menyemak dan meneliti berpuluh-puluh kes sebagai persediaan, bukan sahaja untuk mewakili anda dengan efisien, malah untuk memastikan apa sahaja tindakan yang dilakukan adalah mengikut tatacara perlaksanaan yang tepat.

12. Untuk memastikan menyemak setiap satu kes dan undang-undang ini, seorang peguam terpaksa mengorbankan masa dan tenaga.

13. Jadi tidak hairanlah, sekiranya kos peguam untuk sesuatu kes itu menjadi tinggi.

PENYEDIAAN DOKUMEN MAHKAMAH

14. Untuk memulakan sebarang tindakan di Mahkamah, pihak-pihak yang berkenaan lazimnya akan memfailkan dokumen-dokumen tertentu di Mahkamah.

15. Proses penyediaan dokumen-dokumen ini bukan satu proses yang boleh dipandang ringan.

16. Ini adalah kerana sekiranya penyediaan dokumen-dokumen ini tidak diuruskan oleh tangan-tangan yang berpengalaman, dokumen-dokumen tersebut mungkin tidak laku, tidak sah atau tidak boleh diguna pakai di Mahkamah.

17. Bukan sahaja itu, malah untuk memperbetulkan sebarang kesilapan pada dokumen-dokumen tersebut, akan menyebabkan anak guam menanggung kos tambahan yang tinggi dan masa yang panjang dan berleretan.

18. Mendapatkan khidmat peguam yang berpengalaman, sebenarnya boleh menjimatkan kos dan masa.

PERSEDIAAN SAKSI UNTUK BICARA

19. Di antara fungsi utama seorang peguam di dalam sesuatu kes adalah untuk mempersiapkan saksi-saksi.

20. Untuk hadir sebagai saksi di Mahkamah bukanlah sesuatu yang boleh dibuat sambil lewa.

21. Ini adalah kerana, sebahagian besar saksi-saksi yang hadir ke Mahkamah, tidak pernah mempunyai pengalaman sebagai saksi apatah lagi menjejakkan kaki ke Mahkamah.

22. Saksi-saksi ini perlu dipersediakan agar keterangan-keterangan saksi tersebut dapat membantu memperkuatkan sesuatu kes.

PENGALAMAN

23. Faktor yang paling penting adalah pengalaman.

24. Seorang peguam yang berpengalaman akan dapat mengendalikan kes anda seolah-olah ianya sangat mudah. 

25. Ianya adalah kerana peguam tersebut mempunyai pengalaman. Dan kos guaman yang anda bayar adalah untuk mendapatkan kualiti yang hadir bersama dengan pengalamannya.

JADI BERAPA ANGGARAN KOS SAMAN MALU/FITNAH?

26. Tiada jawapan khusus untuk persoalan tersebut. Yang pasti, kes-kes saman fitnah adalah kes yang rumit dan tidak mudah dan pastinya kos guaman yang anda perlu keluarkan adalah tinggi bergantung kepada kes dan peguam. 

27. Jangan terkejut jika peguam anda akan memberikan anggaran kos di luar jangkaan anda (yang mana selalunya begitu). Anda perlu bersedia dengan hakikat ini.

28. Tidak ada skala khusus yang boleh dijadikan anggaran kerana pengalaman dan kualiti setiap peguam adalah berbeza dan setiap kes mempunyai cabaran-cabaran yang berbeza.

norhafeezlaw.com


_________________________

Penafian: Rencana ini diterbitkan dengan tujuan untuk kesedaran dan pengetahuan umum. Mana-mana bahagian yang terkandung di dalam rencana ini tidak boleh dijadikan panduan untuk memulakan tindakan undang-undang secara sendirian, tanpa terlebih dahulu merujuk kepada seorang peguam yang berpengalaman.

Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan rencana ini atau untuk mengatur sesi konsultasi guaman, anda boleh berhubung dengan mana-mana peguam pilihan anda, atau pun anda boleh menghubungi kami melalui whatsapp dengan menekan imej dibawah.

0 Pertanyaan & Jawapan

Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.