>

APA ITU FITNAH?

 

FITNAH, defamation, peguam fitnah

Rencana ini akan memberikan pendedahan ringkas dan mudah berkenaan dengan apa yang dimaksudkan dengan fitnah, bagaimana fitnah boleh berlaku dan juga syarat-syarat atau elemen-elemen yang perlu dipenuhi sebelum memfailkan saman fitnah.

APA ITU FITNAH?

1. Dari segi bahasa, Fitnah adalah sesuatu tuduhan atau tohmahan palsu yang dibuat oleh seseorang terhadap anda secara khusus.

2. Fitnah yang diiktiraf disisi undang-undang pula adalah suatu tuduhan atau tohmahan palsu yang disebarkan oleh seseorang terhadap anda secara khusus.

BENTUK ATAU JENIS FITNAH YANG BOLEH DISAMAN

3. Fitnah boleh berlaku melalui dua bentuk. Bentuk fitnah yang pertama adalah secara bertulis (libel) dan bentuk fitnah yang kedua adalah secara percakapan (slander).

4. Sekiranya seseorang itu memuatnaik suatu kenyataan di media sosial dan kenyataan itu mengandungi suatu tuduhan palsu terhadap anda, maka anda boleh mengambil tindakan terhadap pemfitnah tersebut melalui saman fitnah libel

5. Sekiranya seseorang itu menyebarkan tuduhan terhadap anda melalui ucapan atau percakapan, maka anda boleh mengambil tindakan saman fitnah slander terhadap pemfitnah tersebut.

SYARAT-SYARAT ATAU ELEMEN-ELEMEN DALAM SAMAN FITNAH

6. Sebelum anda boleh memfailkan tindakan saman terhadap pemfitnah di Mahkamah, terdapat syarat-syarat atau elemen-elemen fitnah yang wajib diketahui dan seterusnya dipenuhi.

7. Secara umumnya, terdapat tiga (3) syarat-syarat atau elemen-elemen yang wajib dipenuhi sebelum memfailkan sesuatu tindakan.

(a) Kenyataan itu sendiri hendaklah mengandungi tuduhan berbentuk fitnah.

 

(b) Kenyataan fitnah itu hendaklah merujuk atau ditujukan kepada anda secara khusus.

 

(c) Kenyataan fitnah itu telah dipublikasi, tersebar atau tular.

 

8. Sekiranya salah satu daripada ketiga-tiga syarat atau elemen di atas gagal dipenuhi, maka anda bukan sahaja tidak akan mempunyai kes yang kukuh, malah saman anda juga boleh dibuang (struck out). 

_________________________

Penafian: Rencana ini diterbitkan dengan tujuan untuk kesedaran dan pengetahuan umum. Mana-mana bahagian yang terkandung di dalam rencana ini tidak boleh dijadikan panduan untuk memulakan tindakan undang-undang secara sendirian, tanpa terlebih dahulu merujuk kepada seorang peguam yang berpengalaman.

Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan rencana ini atau untuk mengatur sesi konsultasi guaman, anda boleh berhubung dengan mana-mana peguam pilihan anda, atau pun anda boleh menghubungi kami melalui whatsapp dengan menekan imej dibawah.




0 Pertanyaan & Jawapan

Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.