>

KESAN PENGHAKIMAN INGKAR KEHADIRAN 2022

kesan penghakiman ingkar

TIDAK HADIR KE MAHKAMAH. APAKAH KESANNYA?

Anda telah disaman pada tahun 2022 ini dan anda gagal untuk melantik peguam dan memfailkan kehadiran di Mahkamah di dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Anda dikenakan Penghakiman Ingkar Kehadiran. Apa itu Penghakiman Ingkar Kehadiran? Apa yang anda boleh lakukan? Apakah kesan-kesan Penghakiman Ingkar keatas anda?

1. Anda telah menerima Saman namun anda memilih untuk tidak mengendahkannya kerana menyangka ianya adalah perkara kecil dan tiada apa-apa yang boleh berlaku terhadap anda. Anda memilih untuk tidak pening kepala untuk waktu itu. Anda salah.

2. Kami sentiasa mengesyorkan dan menggalakkan kepada sesiapa sahaja yang telah menerima Saman berserta dengan surat peguam, untuk merujuk kes anda kepada seorang peguam yang berpengalaman. Jangan sekali-kali cuai di dalam tindakan yang perlu anda ambil.

3. Ini adalah kerana apabila anda gagal merekodkan kehadiran setelah anda menerima Saman, anda boleh dikenakan Penghakiman Ingkar Kehadiran.

APA ITU PENGHAKIMAN INGKAR KEHADIRAN?

4. Apa itu Penghakiman Ingkar Kehadiran? Penghakiman Ingkar Kehadiran adalah satu dokumen Penghakiman yang mengesahkan tuntutan terhadap anda melalui Mahkamah. Ianya diperolehi kerana anda gagal hadir ke Mahkamah.

APAKAH KESAN PENGHAKIMAN INGKAR KEHADIRAN TERHADAP ANDA?

5. Kesan suatu Penghakiman Ingkar adalah liabiliti atau tanggungan anda keatas apa yang dituntut melalui Saman sudah tidak lagi boleh dipertikaikan dan dicabar.

6. Sekiranya saman yang difailkan keatas anda itu adalah berbentuk tuntutan berbentuk kewangan (monetory) seperti hutang contohnya, amaun yang dituntut di dalam saman itu tidak lagi boleh dicabar.

PERLAKSANAAN PENGHAKIMAN INGKAR

7. Dengan adanya Penghakiman Ingkar, Plaintif yang memfailkan saman terhadap anda sudah boleh melaksanakan atau menguatkuasakan (execute) Penghakiman tersebut. 

8. Di sini lah anda akan menghadapi seribu satu masalah kerana penguatkuasaan Penghakiman boleh dijalankan melalui beberapa cara terhadap anda dan diantaranya adalah:

(a) sekiranya Penghakiman tersebut berasaskan tuntutan hutang yang melebihi RM100,000.00, maka anda boleh diisytiharkan bankrap atau muflis. 

Apa sahaja alasan anda di dalam prosiding kebankrapan sudah tidak boleh digunapakai. Apabila anda dibankrapkan, ianya akan menjejaskan pengurusan kewangan anda dan menyukarkan anda membuat sebarang pinjaman bank kerana nama anda telah disenaraihitam. 

Untuk keluar daripada kebankrapan pula memerlukan kos yang tinggi kerana anda perlu membayar hutang anda secara sekaligus. Untuk mengetahui cara keluar dari bankrap, anda boleh rujuk DI SINI

mengenepikan penghakiman ingkar kehadiran

(b) harta dan aset anda boleh disita dan dijual melalui proses Writ Penyitaan dan Penjualan.

Plaintif yang memfailkan saman anda boleh mendapatkan perintah Mahkamah untuk menyita dan melelong aset anda kepada orang awam. 

Pegawai Mahkamah akan datang kerumah anda dan akan menyenaraikan apa sahaja barang-barang yang ada di dalam rumah anda dan seterusnya akan melelong barang-barang tersebut. Bukan sahaja barang anda dilelong bahkan ianya memalukan.

(c) anda boleh dikenakan perintah Saman Penghutang Penghakiman. 

Sekiranya anda menerima Saman ini, maka anda tidak boleh lagi mengelak untuk hadir ke Mahkamah. Anda akan diheret ke Mahkamah melalui waran tangkap jika enggan hadir selepas kertas prosiding berjaya diserahkan kepada anda. 

Anda akan disoal oleh peguam dan Mahkamah tentang perbelanjaan anda dimana anda akan diwajibkan untuk mengemukakan segala dokumen-dokumen untuk menunjukkan aset-aset yang boleh digunakan untuk memuaskan jumlah penghakiman. 

Mahkamah akan menetapkan suatu amaun yang sesuai yang anda wajib bayar setiap bulan. Gagal untuk membayar jumlah ini boleh menyebabkan anda diheret ke penjara sekiranya gagal memberikan penjelasan yang memuaskan diatas kegagalan untuk membuat pembayaran tersebut.

9. Di atas hanya lah beberapa cara sesuatu Penghakiman Ingkar Kehadiran boleh dikuatkuasakan terhadap anda. Hanya kerana anda enggan atau gagal hadir Mahkamah. 

10. Anda mengelak untuk pening kepala dengan tidak hadir ke Mahkamah dan tidak mengendahkan saman yang anda terima. Tetapi akhirnya anda mendapat pening kepala yang lebih berpanjangan apabila Penghakiman Ingkar direkodkan terhadap anda. 

11. Jangan begitu. Hadir ke Mahkamah, ikuti langkah-langkah yang perlu diambil untuk merekodkan kehadiran. Hubungi peguam mengikut surat peguam yang anda terima untuk mendapat maklumat lanjut ataupun lebih baik, anda lantik peguam anda sendiri. Jangan hanya berdiam diri. 

penghakiman ingkar

Hubungi kami di 0129797494 atau menerusi email di norhafeezlaw@gmail.com atau menerusi kotak pertanyaan untuk sebarang maklumat lanjut. 


0 Pertanyaan & Jawapan

Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.