>

PENIPUAN TANAH - KEPENTINGAN CARIAN HARTANAH

carian tanah, tipu tanah, tipu hakmilik

PENIPUAN HAK MILIK HARTANAH - MEMAHAMI KEPENTINGAN TINDAKAN AWAL MELALUI CARIAN HARTANAH

Sebagai rentetan daripada rencana berkenaan penipuan tanah yang kami siarkan sebelum ini, kita akan mengupas serba sedikit tentang kepentingan tindakan awal melalui carian hartanah ke atas tanah yang terlibat di Pejabat Tanah.

PENGESAHAN BERLAKUNYA PINDAH MILIK

1. Bagaimana untuk mendapatkan pengesahan bahawa tanah telah dipindah milik kepada orang lain tanpa persetujuan atau melalui cara penipuan? Caranya adalah dengan melakukan Carian Persendirian ataupun Carian Rasmi ke atas tanah tersebut di Pejabat Tanah.

2. Dokumen Carian Persendirian atau Carian Rasmi akan menyatakan butir-butir penting berkenaan dengan tanah tersebut, termasuklah nombor hakmilik, nama-nama pemilik dan juga apa-apa endorsan-endorsan (transaksi atau urusan) berkenaan dengan tanah tersebut.

NAMA BUKAN PEMILIK SEBENAR

3. Pengesahan berlakunya pindah milik secara penipuan boleh disahkan dengan merujuk kepada nama-nama pemilik terbaru serta urusan yang direkodkan pada tanah tersebut.

4. Sekiranya terdapat nama lain yang menggantikan nama pemilik sebenar tanah tersebut sedangkan pemilik sebenar tidak pernah membuat apa-apa perpindahan hak milik kepada mana-mana pihak, maka sah lah bahawa perpindahan hak milik berkemungkinan telah berlaku secara tidak sah.

DOKUMEN SOKONGAN DI MAHKAMAH

5. Dokumen Carian ini juga adalah dokumen yang sangat penting dan akan menjadi tunjang utama kepada tindakan pemilik tanah untuk mendapatkan semula tanah tersebut di Mahkamah kelak.

6. Ini adalah kerana Carian Tanah di dalam kes tipu tanah akan menjadi bukti sokongan yang penting untuk menunjukkan kepada Mahkamah bahawa penipuan telah berlaku dan keesahan hakmilik tersebut adalah dipertikaikan.

CARA MEMBUAT CARIAN TANAH

7. Berbekalkan maklumat yang anda ada berkenaan dengan butir-butir hakmilik tanah anda seperti nombor Hakmilik, nombor Lot serta maklumat Mukim, Daerah dan Negeri, anda boleh hadir ke Pejabat Tanah yang berkenaan untuk mendapatkan Borang Carian Persendirian atau Borang Carian Rasmi.

8. Isi maklumat dan butir-butir yang diperlukan di dalam Borang tersebut dan serahkan kepada pegawai yang bertugas.

9. Kos untuk Carian-Carian ini lazimnya adalah diantara RM30.00 ke RM150.00 bergantung kepada negeri-negeri. Sebagai contoh, Kos Carian Persendirian di Selangor adalah RM30.00 manakala di Kelantan, kos untuk itu adalah RM40.00. Dapatkan maklumat lanjut daripada pegawai yang berurusan dengan anda.

10. Pegawai yang terlibat akan memproses Borang Carian anda dan akan mengeluarkan dokumen Carian untuk simpanan dan tindakan lanjut anda.

 

tipu tanah, tipu pejabat tanah



0 Pertanyaan & Jawapan

Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.