>

FITNAH DALAM WHATSAPP

fitnah whatsapp, saman malu fitnah

FITNAH DALAM WHATSAPP

Anda mendapati bahawa terdapat satu kenyataan fitnah telah ditularkan terhadap anda melalui whatsapp. Apakah yang perlu anda lakukan? Apakah persediaan yang anda perlu buat sebagai persediaan untuk memulakan tindakan terhadap orang memfitnah anda dan menularkan fitnah terhadap anda di whatsapp?

1. Di dalam era media sosial hari ini, fitnah boleh berlaku dan tular dengan hanya sentuhan hujung jari. Keghairahan menularkan sesuatu, kadang-kadang menyebabkan berlakunya sebegitu banyak fitnah-fitnah terhadap individu-individu diluar sana.

2. Namun apabila anda mendapati bahawa terdapat kenyataan berbentuk tuduhan yang tidak benar disebarkan terhadap anda di Whatsapp, maka persediaan-persediaan asas untuk membolehkan anda memulakan tindakan di Mahkamah adalah seperti berikut:

TANGKAPAN SKRIN FITNAH WHATSAPP

3. Sekiranya anda mempunyai akses kepada kenyataan tersebut, maka anda perlu membuat tangkapan skrin (printscreen) kepada keseluruhan kenyataan fitnah whatsapp tersebut.

fitnah whatsapp

4. Tangkapan skrin ini adalah sangat penting untuk menunjukkan bahawa kenyataan fitnah telah dibuat terhadap anda.

TANGKAPAN SKRIN MAKLUMAT PEMFITNAH

5. Anda juga perlu membuat tangkapan skrin maklumat pemilik akaun whatsapp dengan paparan nama beliau atau nama samarannya, nombor telefon yang digunakan berserta gambar profil.

fitnah dalam whatsapp

6. Tangkapan Skrin profil pemilik akaun atau nombor whatsapp itu juga adalah penting menunjukkan identiti pemfitnah.

MAKLUMAT PENYEBARAN

7. Lazimnya fitnah whatsapp ini disebarkan di dalam kumpulan-kumpulan whatsapp atau whatsapp group untuk mendapatkan perhatian ahli-ahli yang menyertai whatsapp group tersebut. 

fitnah menerusi whatsapp

8. Oleh itu, anda disaran untuk membuat tangkapan skrin dan mendapatkan maklumat yang tepat berkenaan nama whatsapp group dan juga jumlah ahli whatsapp group tersebut.

MINTA BANTUAN KENALAN

9. Semua persediaan yang dinyatakan di atas adalah lebih mudah sekiranya anda mempunyai akses kepada kenyataan-kenyataan fitnah Whatsapp tersebut.

10. Namun perbualan di dalam whatsapp group secara lazimnya adalah perbualan di dalam kumpulan-kumpulan yang bersifat tertutup dan terhad. Ianya tidak boleh diakses oleh individu-individu yang tidak menyertai whatsapp group tersebut.

11. Sekiranya anda tidak mempunyai akses kepada kenyataan fitnah whatsapp tersebut, anda boleh mendapatkan bantuan daripada mana-mana kenalan yang mengganggotai whatsapp group tersebut untuk mendapatkan tangkapan layar yang dinyatakan di atas.

JANGAN BERTINDAK BALAS

12. Yang paling penting adalah anda juga perlu mengawal emosi dan jangan bertindak balas. 

13. Sekiranya anda turut bertindak balas dengan menularkan pula fitnah keatas orang yang memfitnah anda, maka anda pula mungkin akan berdepan dengan tindakan.

14. Ingat! Perbuatan salah seseorang terhadap anda, tidak menjadikan perbuatan salah anda terhadap mereka itu betul. 

BUAT LAPORAN KEPADA SKMM

15. Sekiranya kenyataan fitnah Whatsapp tersebut turut mengandungi penyebaran maklumat-maklumat peribadi anda, seperti gambar anda atau keluarga, nombor atau gambar salinan kad pengenalan, nombor telefon peribadi dan sebagainya,  maka anda turut disarankan untuk membuat laporan ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

BUAT LAPORAN POLIS

16. Anda juga boleh membuat laporan kepada pihak Polis, lebih-lebih lagi sekiranya kenyataan fitnah Whatsapp tersebut turut mengandungi ugutan-ugutan jenayah, penyebaran gambar-gambar lucah atau tidak senonoh, gangguan-gangguan seksual dan sebagainya.

FITNAH DI FACEBOOK? BACA DISINI

penghakiman ingkar

Hubungi kami di 0129797494 atau menerusi email di norhafeezlaw@gmail.com atau menerusi kotak pertanyaan untuk sebarang maklumat lanjut. 


0 Pertanyaan & Jawapan

Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.