>

MENUKAR PEGUAM

tukar peguam, change of solicitors

MENUKAR PEGUAM 

Adakah anda boleh menukar peguam? Sekiranya boleh bagaimana caranya? Adakah terdapat syarat-syarat untuk menukar peguam? Kenapa tukar peguam? 

BOLEHKAH MENUKAR PEGUAM?

1. Anda ingin memfailkan sesuatu tindakan di Mahkamah dan anda seterusnya telah mendapat dan melantik seorang peguam untuk menguruskan tindakan tersebut bagi pihak anda. 

2. Namun di atas sebab-sebab tertentu, anda ingin melantik peguam lain bagi menggantikan peguam yang anda telah lantik sebelum ini. 

3. Adakah anda boleh menukar peguam di pertengahan kes anda? Jawapannya boleh. Anda dibenarkan untuk menukar firma guaman terdahulu kepada firma guaman baru.

KENAPA TUKAR PEGUAM?

4. Sebelum anda mengambil keputusan untuk menukar peguam anda, anda perlu memastikan terlebih dahulu, alasan kenapa anda ingin tukar peguam.

5. Lazimnya, di antara sebab-sebab kenapa anak guam menukar peguam mereka adalah seperti berikut:

a. Cara kerja.

Anak guam kurang selesa dengan cara kerja peguam terdahulu yang dilantik.

b. komunikasi

Anak guam sukar berkomunikasi dengan peguam terdahulu yang dilantik.

c. kos  

Anak guam kurang selesa dengan kos-kos tambahan terutama sekiranya peguam yang dilantik adalah peguam yang berada di luar kawasan.

d. kecuaian peguam

Anak guam terpaksa menanggung akibat-akibat tertentuk disebabkan oleh kecuaian-kecuaian peguam terdahulu.

CARA TUKAR PEGUAM

6. Bagaimana cara untuk menukar peguam? Pertama sekali, anda perlu mengesahkan perlantikan firma guaman baru yang ingin anda lantik. 

7. Kedua, anda perlu memaklumkan peguam lama anda berkenaan dengan hasrat anda untuk tidak lagi mahu meneruskan dengan perlantikan dan perkhidmatan peguam lama tersebut.

8. Ketiga, anda perlu melangsaikan apa-apa yuran guaman yang tertunggak yang masih perlu dibayar kepada peguam lama tersebut. Ini adalah penting untuk memastikan proses pengambil alihan kes dan dokumen dapat dilakukan dengan lancar.

9. Keempat, peguam baru anda akan berhubung dengan peguam lama anda dan juga peguam pihak lawan (jika anda) untuk memastikan tidak terdapat sebarang bantahan berkenaan dengan penukaran peguamcara itu.

10. Kelima, sekiranya tidak ada sebarang bantahan daripada kesemua pihak yang terlibat, peguam baru anda akan memfailkan dokumen yang dikenali sebagai Notis Penukaran Peguamcara (Notice of Change of Solicitor) ke Mahkamah.

11. Mahkamah akan memasukkan nama firma guaman baru tersebut bagi menggantikan firma guaman yang lama di dalam sistem pendaftaran kes. 

UNTUK PERSEDIAAN SEBELUM BERURUSAN DENGAN PEGUAM? BACA DISINI.

_________________________


Penafian: Rencana ini diterbitkan dengan tujuan untuk kesedaran dan pengetahuan umum. Mana-mana bahagian yang terkandung di dalam rencana ini tidak boleh dijadikan panduan untuk memulakan tindakan undang-undang secara sendirian, tanpa terlebih dahulu merujuk kepada seorang peguam yang berpengalaman. 

Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan rencana ini atau untuk mengatur sesi konsultasi guaman, anda boleh berhubung dengan mana-mana peguam pilihan anda, atau pun anda boleh menghubungi kami melalui whatsapp dengan menekan imej diatas.

0 Pertanyaan & Jawapan

Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.