>

PROSES SAMAN SIVIL DI MAHKAMAH

proses saman, bagaimana proses saman, apakah proses saman

PROSES SAMAN SIVIL DI MAHKAMAH

Mengambil atau membuat keputusan untuk menyaman bukanlah sesuatu tindakan yang harus di ambil mudah. Saman sivil di Mahkamah memerlukan pengorbanan tenaga, emosi dan terutama sekali masa dan kos. Untuk memahami aturan proses Mahkamah secara ringkas dan mudah, kita lihat dan ulang kaji semula bagaimana aturan proses sesuatu saman sivil itu berlaku.

TUNTUTAN

1.1    Secara lazimnya, sesuatu saman sivil akan dimulakan dengan proses tuntutan. Proses ini adalah dimana peguamcara yang dilantik akan mengeluarkan Notis yang dinamakan Notis Tuntutan (Notice of Demand). 

1.2    Sekiranya tuntutan yang terkandung di dalam Notis Tuntutan tersebut tidak dipatuhi oleh orang yang ingin disaman di dalam masa yang ditetapkan, anda mempunyai pilihan untuk meneruskan tindakan ke peringkat kedua.

 

SAMAN

2.1    Peringkat kedua sesuatu saman sivil adalah peringkat Saman. Peguamcara yang dilantik akan menyediakan Saman dan Pernyataan Tuntutan dan akan memfailkannya di Mahkamah. 

2.2    Sesalinan Saman dan Pernyataan Tuntutan tersebut akan diserahkan kepada orang yang ingin di saman, yang dikenali pada peringkat ini sebagai Defendan.

 

INTERLOKUTORI

3.1    Peringkat interlokutori ini tidak semestinya ada. Ianya bergantung keadaan kes, keperluan pihak-pihak samada Plaintif atau Defendan, ataupun kadangkala, bergantung kepada arahan Mahkamah. 

3.2    Peringkat Interlokutori adalah apabila mana-mana pihak membuat apa-apa permohonan melalui Notis Permohonan di Mahkamah yang disokong oleh satu Afidavit Sokongan. Permohonan ini akan didengarkan oleh Mahkamah dan akan diputuskan selepas Mahkamah menilai hujahan-hujahan peguamcara masing-masing.  

 

PRA BICARA

4.    Proses seterusnya adalah peringkat Pra Bicara. Peringkat ini adalah apabila peguamcara yang dilantik menerima arahan Mahkamah untuk menyediakan dokumen-dokumen yang akan digunakan semasa proses bicara kelak.

 

BICARA PENUH

5.1    Setelah dokumen-dokumen pra bicara telah disediakan dan difailkan oleh peguamcara yang dilantik, maka peringkat seterusnya adalah peringkat Bicara Penuh.

5.2    Peringkat ini adalah di mana kedua-dua pihak akan membawa saksi-saksi dan dokumen-dokumen masing-masing untuk dimasukkan ke Mahkamah sebagai bukti tuntutan atau pembelaan masing-masing.

HUJAHAN

6.    Apabila tamat proses Bicara Penuh, maka tibalah peringkat yang dinamakan sebagai peringkat Hujahan dimana peguamcara-peguamcara terpelajar dan bijaksana bagi pihak Plaintif dan Defendan akan berentap di hadapan Hakim dengan hujahan-hujahan masing-masing.

KEPUTUSAN

7. Setelah Hakim yang bijaksana mendengar hujahan-hujahan peguamcara kedua-dua pihak, maka tibalah kes ke peringkat yang terakhir, iaitu peringkat keputusan.

Setelah selesai ketujuh-tujuh peringkat ini dan Hakim telah memberikan keputusan, kes, secara lazimnya, dianggap tamat kecuali jika terdapat sebarang rayuan ke Mahkamah yang lebih tinggi. 

Bacaan lanjut - 

Apa yang perlu dilakukan sekiranya saya ingin menyaman?

Apa yang perlu dilakukan sekiranya saya disaman? 

peguam cerai non muslim

Mencari peguam di Kuala Lumpur? Hubungi kami di 0129797494 atau menerusi email di norhafeezlaw@gmail.com atau menerusi kotak pertanyaan untuk sebarang maklumat lanjut.

 

0 Pertanyaan & Jawapan

Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.