>

KOS GUAMAN TUNTUTAN HUTANG

kos peguam tuntut hutang, kos tuntut hutang, saman tuntut hutang

KOS GUAMAN TUNTUTAN HUTANG

Untuk kes-kes tuntutan hutang, bagaimanakah kos guaman peguam akan ditentukan? Apakah faktor-faktor yang akan dinilai dan diambil kira untuk menentukan kos peguam untuk tuntutan hutang?

1. Seperti yang kita semua sedia maklum, di antara isu utama yang seharusnya diselaraskan sebelum pihak-pihak memulakan tindakan melalui peguam di Mahkamah adalah berkenaan dengan kos peguam yang perlu dikeluarkan. 

2. Terdapat beberapa faktor yang akan diambil kira untuk menentukan kos guaman tuntutan hutang. Faktor-faktor tersebut adalah sebagaimana berikut:

KOS GUAMAN DITETAPKAN BERDASARKAN AMAUN TUNTUTAN

3. Secara lazimnya, kos guaman untuk kes-kes yang melibatkan tuntutan hutang akan ditetapkan berdasarkan jumlah amaun hutang yang ingin dituntut.

4. Ini adalah kerana, jumlah atau amaun hutang yang ingin dituntut akan menentukan aras Mahkamah mana saman tuntut hutang itu akan difailkan.

5. Seperti yang kita semua sedia maklum, undang-undang telah menetapkan bahawa setiap jenis atau tingkat Mahkamah-Mahkamah di Malaysia, mempunyai bidang kuasa yang berbeza diantara satu dengan yang lain.

6. Perbezaan bidang kuasa ini termasuklah bidangkuasa untuk mendengar dan membuat keputusan terhadap saman-saman yang melibatkan tuntutan berbentuk wang ringgit dan hutang.

7. Mahkamah Majistret mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan memberikan keputusan untuk tuntutan yang tidak lebih daripada RM100,000.00 sahaja.

8. Mahkamah Sesyen pula mempunyai bidangkuasa mendengar dan memberikan keputusan untuk tuntutan-tuntutan yang melebihi RM100,000.00 tetapi tidak lebih daripada RM1,000,000.00.

9. Mahkamah Tinggi akan mendengar dan memberikan keputusan untuk tuntutan-tuntutan yang melebihi RM1,000,000.00. (Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan adalah Appellate Courts yang secara umumnya tidak tertakluk kepada amaun tuntutan dan hanya berfungsi untuk mendengar rayuan dari Courts of First Instance atau Mahkamah-Mahkamah yang mana tindakan pertama kali dimulakan)

10. Mahkamah Majistret atau Sesyen, sebagai contoh, tidak boleh memberikan sebarang keputusan yang melebihi daripada bidangkuasa yang telah ditetapkan oleh undang-undang.

11. Jadi, kos peguam secara kebiasaannya akan ditetapkan mengikut Mahkamah yang akan mendengar dan membuat keputusan ke atas tuntutan-tuntutan tersebut.

12. Selalunya, peguam akan menetapkan yuran guaman yang berbeza mengikut tahap lapisan setiap Mahkamah. 

13. Bayaran guaman untuk kes yang difailkan di Mahkamah Sesyen mungkin lebih tinggi dari kes yang difailkan di Mahkamah Majistret tetapi mungkin lebih rendah daripada caj guaman untuk kes-kes yang difailkan Mahkamah Tinggi.

Adakah anda boleh membuat pilihan?

14. Kebiasaannya tidak boleh. Melainkan anda bersetuju atau tidak kisah untuk mendapat amaun yang selaras dan mengikut bidang kuasa Mahkamah tersebut. 

15. Jadi sekiranya anda ingin membuat tuntutan hutang sebanyak RM120,000.00 tetapi anda memilih untuk memfailkan tuntutan di Mahkamah Majistret, tuntutan yang anda boleh failkan adalah setakat RM100,000.00 sahaja dan sekiranya anda berjaya mendapat penghakiman, anda hanya akan mendapat keputusan setakat RM100,000.00 sahaja.

KOS GUAMAN DITETAPKAN BERDASARKAN KERUMITAN KES

16. Satu lagi faktor yang selalunya akan dinilai dan diberi perhatian oleh peguam di dalam menentukan yuran guaman adalah kerumitan atau komplikasi kes.

17. Apa maksud kerumitan atau komplikasi kes? Maksudnya, kes-kes yang melibatkan persoalan undang-undang yang rumit boleh menyebabkan kos guaman menjadi tinggi.

18. Didalam kes-kes tertentu, walaupun amaun tuntutan yang difailkan adalah rendah, namun  kos guaman boleh menjadi tinggi sekiranya tuntutan tersebut melibatkan isu-isu yang rumit.

19. Diantara faktor yang boleh menyebabkan sesuatu kes menjadi rumit adalah ketiadaan dokumen-dokumen hutang atau apa-apa bukti yang menunjukkan keberhutangan.

20. Sesuatu tuntutan hutang yang disokong oleh dokumen atau bukti keberhutangan yang lengkap dan jelas akan memudahkan proses untuk mendapatkan penghakiman berbanding tuntutan hutang berdasarkan janji mulut yang lebih rumit.

21. Didalam sesetengah kes, sesuatu kes itu menjadi rumit apabila kesahihan atau jenis dokumen itu dicabar. 

22. Keadaan ini lazimnya berlaku apabila ianya  melibatkan dakwaan penipuan tandatangan, misrepresentasi, terma-terma perjanjian yang tidak jelas, perjanjian digunakan sebagai samaran (camouflage/cover) untuk sesuatu transaksi yang berbeza, perjanjian yang tidak sah atau menyalahi undang-undang dan sebagainya.

CONTOH-CONTOH CAJ PEGUAM TUNTUTAN HUTANG?

23. Kami tidak boleh memberikan sebarang contoh khusus kerana setiap peguam mempunyai kadar (rate) mereka yang tersendiri.

24. Ini kerana penilaian setiap peguam terhadap sesuatu kes mungkin akan berbeza-beza. Pengalaman peguam juga akan menjadi faktor utama di dalam menentukan kos.

25. Sesuatu kes mungkin kelihatan rumit bagi peguam yang tidak mempunyai pengalaman mengendalikan kes seumpama itu namun kes tersebut mungkin tidak akan membawa masalah kepada peguam yang mempunyai pengalaman.

26. Rencana ini hanyalah sebagai panduan untuk anda lebih memahami kenapa peguam mengenakan sesuatu amaun yuran guaman kepada anak guamnya tidak kira samada ianya tinggi atau rendah.

27. Oleh yang demikian, pastikan anda merujuk kepada dan berbincang dengan peguam pilihan anda (atau anda boleh menghubungi saya) sebelum membuat sebarang tindakan.


ANDA JUGA BOLEH MENGISI BORANG KES HUTANG DIBAWAH UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT RINGKAS BERKENAAN DENGAN TUNTUTAN ANDA.

peguam hutang, tuntutan hutang, saman hutang


gangguan seksual di malaysia

Hubungi kami di 0129797494 atau menerusi email di norhafeezlaw@gmail.com atau menerusi kotak pertanyaan untuk sebarang maklumat lanjut.

saman tuntut hutang, outstanding debt 2022, saman hutang

0 Pertanyaan & Jawapan

Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.