TUNTUTAN CIPAA - MENCABAR TUNTUTAN CIPAA
1. Sebelum ini, kita cuba memahami di dalam keadaan yang bagaimana Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012 ataupun Construction Industry Payment and Adjudication Act 2012 boleh diguna pakai.
2. Kali ini, kita akan melihat
salah satu keadaan bagaimana tuntutan tidak boleh dibuat di bawah CIPAA. Perlu
diingatkan bahawa ianya tidak bermaksud tuntutan tidak boleh dibuat melalui
medium alternatif yang lain seperti tuntutan melalui Mahkamah dan Arbitrasi.
3. S.3 Akta
menggariskan bahawa CIPAA tidak terpakai bagi kontrak pembinaan yang dibuat
oleh orang perseorangan bagi apa-apa pembinaan bangunan yang tingginya adalah
tiga tingkat dan kebawah yang mana keseluruhan bangunan tersebut adalah untuk
tujuan didudukinya sendiri.
Contoh: Ali
telah melantik Norco Construction untuk membina ataupun membuat ubah suai
keatas banglo dua tingkat yang didiaminya yang terletak di Ampang, Selangor.
Norco Construction telah menyempurnakan keseluruhan atau sebahagian daripada
projek pembinaan tersebut namun Ali telah gagal untuk membuat pembayaran bagi
kerja-kerja pembinaan yang telah disempurnakan. Norco Contstruction tidak
boleh membuat tuntutan pembayaran melalui CIPAA.
4. Mengapa Norco Construction tidak boleh membuat tuntutan melalui CIPAA?
5. Kerana tuntutan
tersebut terangkum (caught) dan terbelenggu didalam pengecualian yang
diperuntukkan oleh s.3 Akta. Ini bermakna tuntutan Norco Construction tersebut
adalah diluar bidang kuasa (jurisdiction) CIPAA.
6. Walaupun begitu,
Ali perlu menyatakan bantahan beliau seawal yang mungkin.
7. Pada bulan Ogos 2020, terdapat satu kes yang menarik perhatian berkenaan dengan interpretasi perkataan "occupation" yang termaktub di dalam s.3 Akta. Di dalam kes Liew Piang Voon v WLT Project Management Sdn Bhd.
8. Plaintif telah memfailkan
satu Saman Pemula untuk mendapatkan pengisytiharan Mahkamah bahawa tuntutan
Defendan tidak boleh termasuk di dalam bidang kuasa CIPAA.
9. Apa yang berlaku adalah Plaintif telah melantik Defendan untuk menjalankan projek ubah suai ke atas banglo dua tingkat milik beliau dengan tujuan untuk menjadikan banglo tersebut sebagai pusat asuhan kanak-kanak yang akan diuruskan oleh anak perempuan Plaintif.
10. Di atas dakwaan bahawa kerja yang di jalankan itu tidak
memuaskan, Plaintif enggan membuat bayaran bagi kerja-kerja yang telah di
jalankan.
11. Defendan melalui
peguamcaranya, telah menyerahkan surat menyatakan niat untuk merujuk pertikaian
tersebut kepada proses adjudikasi dibawah CIPAA. Isu utama yang diperdebatkan
adalah interpretasi perkataan "occupation".
12. Plaintif menghujahkan bahawa memandangkan tapak pembinaan tersebut adalah sebuah rumah banglo maka sebarang tuntutan melalui CIPAA adalah terhalang disebabkan s.3 Akta.
13. Manakala Defendan pula mengusulkan pandangan bahawa s.3 tidak terpakai
kerana tujuan ubah suai tersebut dijalankan adalah untuk membolehkan rumah
banglo tersebut digunakan untuk tujuan komersial dan bukan untuk diduduki.
14. Hakim di
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di dalam kes tersebut, Yang Arif Dato' Lim Chong
Fong telah memutuskan seperti berikut:
After careful
reading and deliberation, I find and hold that the word "occupation"
in s.3 of the CIPAA should be literally interpreted based on its natural and
ordinary meaning. There is no express restructive words that it must be for
residential purposes only - thus the word "occupation" should be
given its widest significance - consequently I further find and hold that s.3
of the CIPAA will be attracted even if the Premisses is occupied for use as
commercial purposes such as running the kindergarten.
15. Mahkamah telah menolak permohonan Plaintif tersebut dan memberikan dapatan bahawa Defendan boleh membuat tuntutan melalui CIPAA dan tidak terbelenggu (unshackled) oleh s.3 Akta.
16. Ini adalah kerana walaupun interpretasi "occupation" tersebut tidak dihadkan hanya untuk tujuan kediaman (residential) semata-mata dan turut termasuk sebarang tujuan komersial.
17. S.3 tidak boleh digunapakai kerana
rumah banglo tersebut akan diuruskan oleh anak perempuan Plaintif dan bukan
dirinya sendiri.
18. Sebagai
kesimpulan, untuk menggunakan s.3 Akta bagi mencabar keterpakaian CIPAA,
kesemua syarat-syarat s.3 Akta perlu lah di penuhi. Untuk mendapatkan perincian
lebih lanjut mengenai syarat-syarat tersebut, anda bolehlah berhubung dengan
kami.
Mencari peguam di Kuala Lumpur? Hubungi kami di 0129797494 atau menerusi email di norhafeezlaw@gmail.com atau menerusi kotak pertanyaan untuk sebarang maklumat lanjut.
0 Pertanyaan & Jawapan
Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.