Tindakan undang-undang melalui proses Saman di Mahkamah bukanlah proses yang mudah untuk orang awam. Oleh sebab itu pentingnya mendapat nasihat guaman daripada peguam-peguam yang berkredibiliti dan berpengalaman.
Namun apakah proses-proses lazim yang perlu diketahui apabila anda membuat keputusan untuk memfailkan saman terhadap seseorang? Siri rencana Aturan Proses Tindakan Mahkamah akan mengupas secara mudah apakah perjalanan proses sesebuah tindakan saman sivil di Mahkamah dan juga jangka masanya.
ATURAN PROSES MAHKAMAH - FASA TUNTUTAN
APA ITU NOTIS TUNTUTAN?
2. Surat atau Notis Tuntutan adalah satu surat yang dikeluarkan oleh Plaintif melalui peguam yang dilantik dan dihantar samada melalui serahan tangan, secara pos, email ataupun apa sahaja cara penghantaran dokumen yang telah dipersetujui sekiranya tuntutan tersebut berasaskan kontrak. Lazimnya Surat atau Notis Tuntutan akan dihantar secara pos.
KANDUNGAN NOTIS TUNTUTAN
3. Kebiasaannya sesuatu Surat atau Notis Tuntutan itu akan mengandungi (i) latar belakang kes secara ringkas; (ii) tuntutan-tuntutan yang ingin diruntut; (iii) tempoh masa pematuhan tuntutan; dan (iv) kesan sekiranya tuntutan tidak dipatuhi di dalam tempoh masa yang ditetapkan.
FUNGSI NOTIS TUNTUTAN
4. Surat atau Notis Tuntutan berfungsi sebagai amaran awal kepada orang yang ingin di saman ataupun Defendan, di mana sekiranya beliau gagal mematuhi kehendak tuntutan yang terkandung di dalam Notis Tuntutan di dalam masa yang ditetapkan, tindakan undang-undang akan difailkan ke atas beliau.
5. Sekiranya sesuatu pertikaian itu berasaskan satu kontrak atau perjanjian di mana terma perjanjian itu mensyaratkan bahawa satu tuntutan formal hendaklah dikeluarkan terlebih dahulu sebelum pihak-pihak memulakan tindakan, maka Notis Tuntutan berfungsi sebagai pematuhan syarat kontrak tersebut.
KESAN NOTIS TUNTUTAN
6. Selain daripada bertindak sebagai amaran awal sebelum sesuatu tindakan undang-undang dimulakan, pengeluaran Notis Tuntutan boleh menghadkan jumlah pemfailan saman di Mahkamah sekiranya sesuatu kes itu dapat diselesaikan sebelum tindakan di mulakan.
JANGKA MASA NOTIS TUNTUTAN
7. Jangkamasa fasa tuntutan bergantung kepada tempoh masa yang diberikan untuk pematuhan dan juga kepada tindakan pihak-pihak. Lazimnya tempoh pematuhan yang diberikan adalah samada 7, 14 atau 30 hari bergantung kepada arahan anak guam.
8. Orang yang menerima Notis Tuntutan tersebut pula boleh memilih samada untuk mematuhi Notis Tuntutan tersebut atau melantik peguam dan mencabar tuntutan tersebut dengan mengeluarkan Jawapan kepada Notis Tuntutan.
Bacaan lanjut:
Fasa Aturan Proses Mahkamah
Fasa 1 - Tuntutan
Fasa 2 - Pliding
Fasa 3 - Interlokutori/Permohonan sampingan
Fasa 4 - Pra Bicara
Fasa 5 - Bicara
Fasa 6 - Hujahan
Fasa akhir - Keputusan/Penghakiman
4 Pertanyaan & Jawapan
Jika saman writ dah dikeluarkan...dan dipamirkan dalam iklan di beri notis..dalam masa yg sama kita buat bayar dibank ..adakah kita boleh juga dikenakan bangkrap sedangkan kita mampu bayar lg...
BalasPadamKena berhubung dengan bank secepat mungkin dan buat bayaran keseluruhan sekiranya mampu.
PadamKalau nak minta pejabat lawyer keluarkan satu notis amaran terhadap seseorang macam mana caranya? berapa kos?
BalasPadamwhatsapp saya
PadamAnda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.