>

ATURAN PROSES MAHKAMAH - FASA PRA BICARA

 

Tindakan undang-undang melalui proses Saman di Mahkamah bukanlah proses yang mudah untuk orang awam. Oleh sebab itu pentingnya mendapat nasihat guaman daripada peguam-peguam yang berkredibiliti dan berpengalaman. 

Namun apakah proses-proses lazim yang perlu diketahui apabila anda membuat keputusan untuk memfailkan saman terhadap seseorang? Siri rencana Aturan Proses Tindakan Mahkamah akan mengupas secara mudah apakah perjalanan proses sesebuah tindakan saman sivil di Mahkamah dan juga jangka masanya.

ATURAN PROSES MAHKAMAH - FASA PRA BICARA


1. Selepas daripada pliding ditutup, maka Mahkamah pada kebiasaannya akan memberikan arahan kepada peguam-peguam yang mengendalikan kes bagi pihak Plaintif dan Defendan untuk menyediakan dokumen-dokumen yang akan digunakan pada sesi bicara penuh nanti.

2. Dokumen-dokumen ini dipanggil dokumen-dokumen pra bicara (pre trial documents). Dokumen-dokumen ini akan dirujuk secara ekstensif sewaktu kes dibicarakan dan setiap pihak-pihak akan dibekalkan dengan dokumen-dokumen yang sama untuk kemudahan rujukan.


DOKUMEN-DOKUMEN PRA BICARA

3. Diantara dokumen-dokumen pra bicara yang lazimnya akan disediakan oleh pihak peguam adalah seperti berikut:

i. Ikatan Pliding 

Ikatan Pliding mengandungi dokumen-dokumen pliding seperti Saman dan Pernyataan Tuntutan, Pembelaan, Jawapan kepada Pembelaan dan sebagainya. Ianya akan dikumpulkan bersama sebagai satu jilid dokumen.

ii. Ikatan Dokumen

Diantara dokumen pra bicara yang paling penting kerana ianya mengandungi dokumen-dokumen sokongan yang akan dirujuk oleh Mahkamah, peguam-peguam dan juga saksi-saksi sewaktu bicara nanti. Peguam selalunya akan memastikan kesemua dokumen yang ingin digunakan untuk menyokong atau mencabar sesuatu kes, dikumpulkan bersama dan difailkan sebagai satu jilid dokumen.

iii. Senarai Saksi

Dokumen ini mengandungi senarai saksi-saksi yang akan dipanggil oleh kedua-dua belah pihak. Selalunya Plaintif dan Defendan akan memfailkan dokumen ini secara berasingan.

iv. Isu-isu untuk dibicarakan

Dokumen ini menyenaraikan isu-isu yang menjadi pertikaian diantara Plaintif dan Defendan. Dokumen ini juga membantu Mahkamah dan peguam untuk menentukan skop bicara penuh nanti.

v. Fakta-fakta yang dipersetujui

Dokumen ini pula menyenaraikan fakta-fakta yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak Plaintif dan Defendan. Ini untuk memudahkan Mahkamah dan pihak-pihak supaya tidak mempertikaikan fakta-fakta yang sudah diakui kebenarannya.

vi. Ringkasan Kes

Dokumen ini mengandungi fakta atau kes bagi setiap pihak secara ringkas. Ada Hakim yang memberi arahan untuk dokumen ini difailkan dan ada pula Hakim yang tidak memerlukan dokumen ini.

vii. Kenyataan Pendahuluan

Kenyataan Pendahuluan ataupun opening statement adalah dokumen yang jarang diarahkan oleh Mahkamah untuk difailkan namun terdapat sesetengah Hakim yang akan mengarahkan dokumen ini difailkan. Dokumen ini mengandungi fokus bicara untuk setiap pihak.

Bacaan lanjut:

Fasa Aturan Proses Mahkamah

Fasa 1 - Tuntutan

Fasa 2 - Pliding

Fasa 3 - Interlokutori/Permohonan sampingan

Fasa 4 - Pra Bicara

Fasa 5 - Bicara

Fasa 6 - Hujahan

Fasa akhir - Keputusan/Penghakiman


Hubungi kami di 0129797494 atau menerusi email di norhafeezlaw@gmail.com atau menerusi kotak pertanyaan untuk sebarang maklumat lanjut.



0 Pertanyaan & Jawapan

Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.