>

TUNTUTAN BARANG MILIK PERSENDIRIAN

saman nilai barang persendirian

 APA ITU TORT PENUKARAN/TORT OF CONVERSION (TUNTUTAN PEMULANGAN NILAI BARANG)

Apa akan berlaku sekiranya barang yang dipinjamkan, telah disalahgunakan atau dijual oleh peminjam? Apa tindakan yang boleh anda ambil disisi undang-undang?

An interference with the property which would not, as against the true owner, be justified, or at least excused, in one who came lawfully into the possession of the good - Hollins v Fowler

APA ITU TORT CONVERSION?

1. Tort Penukaran/Konversi adalah tindakan undang-undang untuk mendapatkan semula nilai sesuatu barangan atau harta boleh alih milik peribadi, yang diambil oleh orang yang mengambil barang tersebut. Disisi undang-undang, barangan boleh alih sebegini disebut sebagai Chattels.

2. Secara lebih khusus, conversion adalah suatu campurtangan dalam penggunaan secara tidak sah  oleh pengguna terhadap sesuatu barangan yang dimiliki oleh tuan punya barang tersebut.

4. Dalam bahasa mudahnya, kesalahan konversi atau conversion adalah dimana barangan yang dimiliki oleh pemilik itu telah disalahgunakan, dimusnahkan, dijual atau enggan dipulangkan oleh pengguna atau peminjam kepada pemilik. 

tort of conversion

KESALAHAN CONVERSION

5. Bagaimana conversion boleh berlaku? Mengikut kes-kes yang dilaporkan di Mahkamah, tort conversion boleh berlaku di dalam 3 keadaan.

a) penyalahgunaan barang yang dimiliki oleh orang lain;

b) keengganan untuk memulangkan barang yang dimiliki oleh orang lain; dan

c) menjual atau memusnahkan barang yang dimiliki oleh orang lain.

SYARAT CONVERSION

6. Syarat utama yang perlu dipenuhi sebelum seseorang itu boleh mengambil tindakan dibawah undang-undang Tort of Conversion adalah, pemilik barangan tersebut perlu membuktikan bahawa barangan tersebut adalah miliknya; dan pemilik barangan tersebut berhak untuk mendapatkan semula barangan tersebut.

7. Sekiranya berlaku salah satu daripada tiga keadaan yang dinyatakan di atas dan syarat-syarat pemilikan barangan tersebut dipenuhi, maka pemilik barangan tersebut boleh menyaman pengguna tersebut untuk mendapatkan semula nilai barangan tersebut. 

CONVERSION ATAU DETINUE?

8. Apa yang membezakan conversion dengan detinu? Di dalam rencana sebelum ini kita membincangkan tentang Tort Detinu (Tort of Detinue) dan kita akan mendapati bahawa undang-undang kedua-duanya adalah seakan sama, dimana detinu juga adalah satu tindakan untuk menuntut pemulangan barangan.

An action in detinue claims for the return of goods, whilst conversion is an action for the recovery of the value of the goods. - Jik teck Piling Sdn Bhd v Jopp Builders Sdn Bhd

9. Lazimnya, kedua-dua, conversion dan detinue kerap digunakan secara bersama. Yang membezakan kedua-dua nya adalah, conversion adalah tuntutan terhadap nilai barang manakala detinue pula adalah tuntutan terhadap pemulangan barang itu sendiri.

10. Conversion selalunya digunakan apabila barang yang ingin dituntut itu telah dijual ataupun telah musnah. Oleh kerana barangan tersebut sudah tidak wujud secara fizikal, maka pemilik barangan tersebut hanya boleh menuntut nilai harga barangan tersebut.

peguam selangor, kuala lumpur

*** untuk membaca tentang saman pemulangan barang peribadi boleh baca disini: https://www.norhafeezlaw.com/2021/10/saman-pengambilan-harta-peribadi-detinu.html

Mencari peguam di Kuala Lumpur? Hubungi kami di 0129797494 (waktu pejabat sahaja - 9.00 pagi hingga 6.00 petang) atau menerusi email di norhafeezlaw@gmail.com atau menerusi kotak pertanyaan untuk sebarang maklumat lanjut.
 
tuntut barang peribadi


0 Pertanyaan & Jawapan

Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.