SAMAN TUNTUTAN KECIL & CARA MEMFAILKANNYA.
Adakah anda tahu bahawa anda boleh memfailkan Saman Tuntutan Kecil tanpa perlu melibatkan peguam? Apakah yang dimaksudkan dengan Tuntutan Kecil? Dimana pula Mahkamah Tuntutan Kecil? Apakah jenis-jenis dokumen atau borang tuntutan kecil yang diperlukan untuk anda memulakan tindakan?
1. Sepertimana yang kita sedia maklum (atau belum maklum), undang-undang memberikan peruntukan kepada pihak untuk ingin memulakan tindakan untuk menuntut tuntutan yang dinamakan sebagai tuntutan kecil.
APA ITU SAMAN TUNTUTAN KECIL?
2. Apakah yang dimaksudkan dengan tuntutan kecil? Secara lazimnya sesuatu tuntutan akan dianggap sebagai tuntutan kecil sekiranya amaun pertikaian ataupun tuntutan itu adalah untuk suatu nilai yang tidak lebih daripada RM5,000.00. Ini adalah syarat utama yang perlu dipenuhi sebelum memfailkan tindakan di Mahkamah Tuntutan Kecil.
MAHKAMAH TUNTUTAN KECIL
3. Apa itu Mahkamah Tuntutan Kecil? Mengikut Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, prosiding untuk sesuatu tuntutan kecil akan dijalankan di Mahkamah Majistret. Jadi Mahkamah Tuntutan Kecil adalah mana-mana Mahkamah Majistret di seluruh Malaysia.
TIADA PERWAKILAN PEGUAM
4. Sesuatu prosiding tuntutan kecil hendaklah dimulakan sendiri oleh orang yang ingin menuntut dan beliau tidak boleh diwakili oleh peguam. Begitu juga orang yang dituntut, apabila beliau ingin mencabar sesuatu tuntutan kecil, beliau hendaklah mewakili diri sendiri dan tidak boleh diwakili oleh peguam. Pihak yang boleh diwakili peguam hanyalah badan korporat termasuk pertubuhan, yayasan dan seumpamanya.
CARA MEMBUAT TUNTUTAN KECIL
Maklumat Penting Tuntutan Kecil
5. Bagaimana cara untuk memulakan Saman Tuntutan Kecil? Pertama sekali pastikan anda mempunyai maklumat-maklumat penting seperti nama penuh, nombor kad pengenalan dan alamat terakhir orang yang ingin anda tuntut atau Defendan. Anda juga perlu pastikan bahawa amaun tuntutan hendaklah tidak lebih daripada RM5,000.00. Maklumat-maklumat ini hendaklah tepat.
Kronologi Peristiwa
6. Selepas daripada itu, adalah disarankan anda menyediakan satu kronologi peristiwa. Kronologi ini hendaklah dilengkapi dengan tarikh-tarikh serta butir-butir terperinci permulaan hubungan diantara Plaintif dan Defendan dan peristiwa-peristiwa yang membawa kepada pertikaian yang berlaku.
7. Kronologi ini tidak akan difailkan ke Mahkamah, cuma dengan adanya kronologi ini, ia akan memudahkan Plaintif membuat rujukan apabila menderafkan dan melengkapkan dokumen-dokumen dan borang-borang tuntutan kecil yang diperlukan kelak.
Borang 198 Tuntutan Kecil
8. Selepas itu, anda perlu mendapatkan borang tuntutan kecil. Borang tuntutan kecil ini dinamakan Borang 198. Kesemua maklumat-maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan dan alamat Defendan perlu dimasukkan kedalam borang tuntutan kecil dan kronologi peristiwa, amaun dan butir-butir tuntutan yang disediakan tadi perlu dimasukkan kedalam bahagian Pernyataan Tuntutan Borang Tuntutan Kecil tadi.
9. Selepas anda melengkapkan Borang 198, anda perlu buat 5 salinan Borang tadi dan setiap satunya hendaklah ditandatangan.
Pemfailan borang
10. Anda perlu hadir ke kaunter pendaftaran Mahkamah dan serahkan 4 salinan Borang 198 tadi untuk tujuan pemfailan. Anda perlu membuat pembayaran terhadap pemfailan tersebut jadi jangan lupa untuk membawa wang.
11. Selepas pembayaran dibuat dan borang anda diproses, sesalinan yang borang yang telah diproses tersebut hendaklah diserahkan kepada Defendan.
Penyerahan Saman Tuntutan Kecil
12. Terdapat dua cara untuk menyerahkan Borang tersebut kepada Defendan. Yang pertama secara serahan tangan atau yang dikenali sebagai penyerahan secara kediri.
13. Anda perlu jumpa Defendan dan serahkan borang tersebut secara bersemuka. Minta Defendan untuk mengesahkan penerimaan dengan menandatangani surat iringan atau salinan borang dengan nama dan tarikh penerimaan borang tersebut.
14. Cara penyerahan kedua adalah secara Pos Berdaftar Pra Bayar atau yang dikenali sebagai Penyerahan secara Pos Berdaftar. Borang tersebut boleh diposkan dan resit pra bayar daripada Pos Malaysia hendaklah anda simpan. Resit pra bayar ini akan digunakan sebagai bukti penyerahan kelak.
Afidavit Penyampaian
15. Setelah borang tuntutan kecil dapat diserahkan, anda hendaklah memfailkan satu dokumen dipanggil Afidavit Penyampaian.
16. Afidavit Penyampaian adalah dokumen yang menunjukkan bukti bahawa Borang tersebut telah diserahkan kepada Defendan. Surat iringan atau salinan borang yang mengandungi pengesahan penerimaan daripada Defendan tadi ataupun resit pra bayar Pos Malaysia tadi akan dijadikan sebagai ekshibit atau bukti penyampaian.
17. Afidavit Penyampaian ini hendaklah ditandatangani dan diikrarkan dihadapan seorang pesuruhjaya sumpah. Salinan yang diikrarkan hendaklah difailkan ke Mahkamah sebelum tarikh yang ditetapkan untuk bicara.
Penghakiman
18. Sekiranya di dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh Kaedah Mahkamah, Defendan tidak memfailkan kehadiran dan pembelaan, maka Plaintif boleh lah memfailkan dokumen-dokumen yang dikenali sebagai Perakuan Ketidakhadiran dan Borang 201 iaitu Penghakiman Ingkar.
19. Sekiranya Defendan telah memfailkan pembelaan namun tidak hadir pada hari yang telah ditetapkan untuk bicara, maka Penghakiman di dalam Borang 202 bolehlah difailkan terhadap Defendan.
20. Sekiranya Defendan telah memfailkan pembelaan dan hadir pada tarikh bicara, Mahkamah akan memberikan keputusan dan penghakiman boleh difailkan melalui borang 207.
____________________
Penafian: Rencana ini diterbitkan dengan tujuan untuk kesedaran dan pengetahuan umum. Mana-mana bahagian yang terkandung di dalam rencana ini tidak boleh dijadikan panduan untuk memulakan tindakan undang-undang secara sendirian, tanpa terlebih dahulu merujuk kepada seorang peguam yang berpengalaman.
Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan rencana ini atau untuk mengatur sesi konsultasi guaman, anda boleh berhubung dengan mana-mana peguam pilihan anda, atau pun anda boleh menghubungi kami melalui whatsapp dengan menekan imej diatas.
26 Pertanyaan & Jawapan
Adakah saya boleh buat saman tuntutan kecil ini untuk orang yang tidak bayar topup? Jumlahnya jika dihitung melebihi RM1000 juga.
BalasPadamBoleh
PadamContoh:
BalasPadamHutang Sewa = RM4500
Hutang Utiliti bil =RM100
Total Hutang =RM5500
Boleh ke buat 2 tuntutan berasingan sbb jumlah lebih dri RM5000?
Di bawah satu perjanjian, setahu saya tidak boleh.
Padambiasa peluang untuk mendapatkan kembali hutang tu berjaya atau tidak..
BalasPadamLazimnya ada peluang yang baik namun ianya bergantung kepada kes dan juga pihak-pihak yang terlibat.
PadamBoleh ke Tuntutan Kecil ni dibuat kepada JMB sebuah pangsapuri? Bukan individu?
BalasPadamBoleh
Padamboleh ke kalau nak buat tuntutan hak penjagaan anak2 ?
BalasPadamTuntutan kecil tidak boleh digunakan untuk membuat tuntutan hak penjagaan anak.
Padamhttps://www.norhafeezlaw.com/2021/08/cerai-bukan-islam-dan-persediaan-awal.html
Salam, bley ke nk buat tuntutan bil tertunggak dr penjual rumah? dalam SNP bgtaw penjual wajib lunaskan bil tertunggak. Bley dapat pampasan ke sebab xdpt sambung air akibat dipotong kerana tunggakan penjual
BalasPadampatut kena check dulu sebelum beli.
PadamSekiranya defendan ingin membayar tuntutan, perlukah beliau hadir perbicaraan?
BalasPadamKalau tidak diwakili peguam, maka sebaiknya hadir
PadamSalam Sejahtera. Jika Defendan tidak menerima Surat AR dan saya telah membuat sumpah untuk Afidavit Tanpa Penyampaian. Boleh tak Tuan Hakim akan bermula pembicaraan atau mesti nak tunggu sampai Defendan terima surat?
BalasPadamMasukkan permohonan Penyampaian Ganti
PadamApakah format yang kita guna untuk jawapan plantif terhadap permohonan mengetepikan penghakiman (jid) defendan (A.93,k.10) (encl 7)? Tuntutan kecil.
BalasPadamAdakah kita boleh guna borang No.205 yang sama seperti permohonan defendan sebagai jawapan Plantif? Atau terus kepada Afidavit Jawapan Plantif sahaja?
Afidavit Jawapan Plaintif sahaja
Padambolehkah pihak-pihak membuat rayuan terhadap penghakiman tuntutan kecil?
BalasPadamTuan, di bawah RM5000 itu berapa minimumnya, kalau RM90 sahaja masih boleh ke? Utk orang macam saya, RM90 tu dah cukup banyak..kalau tidak boleh guna mahkamah pun, ada cara lain ke untuk saya tuntut? Terima kasih
BalasPadamTak ada minimum. Maksumum RM5,000. Sekiranya tidak mahu guna kaedah mahkamah, boleh sahaja guna kaedah runding dan perbincangan.
PadamTuan, bagaimana jika dpt saman oleh JPJ, adakah kes ini boleh difailkan dimahkamah? Kwn sya tidak mempunyai lesen memandu dan telah mengunakan kereta sya sebanyak 2 kali..dan dikenakan samaan sebanyak 2 kali juga..sya ingin menuntut pembayaran tersebut kerana takut jika nnti sya tidak boleh membayar roadtax dan insuran disebabkan gagal utk membayar saman tersebut? Masalahnya dia mengelak utk membayarnya..
BalasPadamHai saya nak tanya, saya ada call mahkamah, saya nak buat tuntutan sebanyak RM350, tapi pihak sana cakap rugi sbb bnyk lagi bayaran lain, boleh saya tau total bayaran yang perlu dibuat untuk buat tuntutan ini ?
BalasPadamDapatkan maklumat dengan menghadiri Mahkamah secara lansung.
Padamjika kita buat tuntutan tu..dah telah buat penyerahan tuntutan pada defendan sebeluh tarikh bicara dimakamah dia jelaskan hutanh kita masih perlu naik mahkamah lagi ke
BalasPadamHadir pada tarikh yang ditetapkan untuk maklumkan kepada Mahkamah bahawa tuntutan telah dibayar dan untuk menarik balik saman.
PadamAnda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.