Berapa kos saman malu / fitnah di Mahkamah pada tahun 2022. Anda ingin memulakan tindakan saman malu kerana anda telah difitnah? Anda ingin melantik peguam untuk mewakili anda di Mahkamah? Apa yang anda perlu tahu tentang kos peguam saman malu?
2. Untuk memulakan sesuatu tindakan undang-undang di Mahkamah, bagi tindakan apa sekalipun, khususnya tindakan yang rumit seperti saman malu/fitnah, anda disyorkan untuk menggunakan khidmat seorang peguam.
3. Kos untuk melantik peguam bagi kes saman malu pada lazimnya adalah tinggi, bergantung kepada fakta dan komplikasi kes.
4. Kenapa kos peguamnya tinggi? Ini adalah kerana saman malu atau fitnah ini bukanlah suatu kes yang ringan dan mudah.
5. Sekiranya mengendalikan kes ini sesuatu yang mudah, sudah pasti semua orang akan membawa kes mereka sendiri tanpa menggunakan peguam.
PROSES DAN PROSEDUR YANG RUMIT
6. Proses dan prosedur Mahkamah kadangkala adalah kompleks dan rumit untuk difahami oleh orang awam. Proses dan prosedur yang rumit ini pula wajib dipatuhi dengan sebaik mungkin. Proses dan prosedur ini merangkumi undang-undang, format dokumen, tempoh masa dan tatacara di dalam Mahkamah.
7. Kegagalan untuk mematuhi sesetengah proses dan prosedur ini boleh menyebabkan tindakan saman anda ditolak atau dibatalkan.
KAJIAN KES DAN UNDANG-UNDANG YANG BERPANJANGAN
8. Di dalam menyediakan sesuatu saman bagi untuk anak guam, terdapat pelbagai syarat-syarat yang perlu dikaji, dan seterusnya dipenuhi sebelum peguam anda boleh mendapatkan keputusan yang berpihak kepada anda.
9. Syarat-syarat yang perlu dipenuhi bagi setiap kes adalah berbeza. Ini memerlukan kajian dan rujukan kepada undang-undang, serta ratusan kes-kes yang pernah diputuskan sebelum ini oleh Mahkamah.
10. Bagi membolehkan seorang peguam mendapat akses kepada sumber-sumber rujukan ini, peguam anda sendiri perlu mengeluarkan kos. Ianya tidak datang secara percuma. Apatah lagi untuk meluangkan masa untuk meneliti undang-undang dan kes-kes tersebut, ianya memakan masa yang panjang.
SEMAKAN & PENYEDIAAN DOKUMEN MAHKAMAH
10. Malah proses untuk menyediakan saman untuk anda juga bukan suatu proses yang mudah. Proses, prosedur dan ketetapan undang-undang perlu dicermati sebaik mungkin terutamanya dari segi masa yang ditetapkan untuk memfailkan sesuatu dokumen.
PENYEDIAAN PIHAK & SAKSI UNTUK PROSES BICARA
11. Selepas menyediakan segala dokumen-dokumen yang diperlukan oleh pihak-pihak dan Mahkamah, peguam juga perlu menyediakan saksi-saksi untuk memberikan keterangan bagi pihak-pihak masing-masing.
12. Bukan semua orang mempunyai pengalaman hadir ke Mahkamah apatah lagi untuk masuk ke kandang saksi dan memberikan keterangan bagi membantu Mahkamah membuat keputusan yang adil dan saksama.
PENGALAMAN
13. Apa yang perlu anda tahu adalah apabila anda melantik peguam, anda bukan sekadar membayar perkhidmatannya malah pengalamannya dalam mengendalikan kes-kes anda. Sudah pasti anda mahukan peguam yang biasa mengendalikan sesuatu jenis kes itu dan yang boleh menjawab segala persoalan anda dengan baik.
JADI BERAPA ANGGARAN KOS SAMAN MALU/FITNAH?
14. Yang pasti, kes-kes saman fitnah adalah kes yang rumit dan tidak mudah dan pastinya kos guaman yang anda perlu keluarkan adalah lazimnya lima angka (belas atau puluh ribu) malah boleh mencecah enam (ratus ribu) atau tujuh angka (Juta) bergantung kepada kes dan peguam. Jangan terkejut jika peguam anda akan memberikan anggaran kos di luar jangkaan anda (yang mana selalunya begitu). Anda perlu bersedia dengan hakikat ini.
Kami juga menyediakan Borang Kes yang anda boleh isi untuk mengetahui secara lebih mudah dan cepat samada anda mempunyai kes fitnah atau pun tidak. Klik BORANG KES FITNAH NORHAFEEZLAW.
Mencari peguam di Kuala Lumpur? Hubungi kami di 0129797494 (waktu pejabat sahaja - 9.00 pagi hingga 6.00 petang) atau menerusi email di norhafeezlaw@gmail.com atau menerusi kotak pertanyaan untuk sebarang maklumat lanjut.
Nor Hafeez adalah seorang peguamcara sivil yang beramal sebagai seorang peguam dan pemilik penuh sebuah firma guaman yang mempunyai pejabat kecil di pinggir Kuala Lumpur. Beliau mengendalikan pelbagai kes-kes sivil dan pelbagai masalah berkait dengan undang-undang sivil Malaysia seperti kes saman malu, langgar kontrak, hutang peribadi dan korporat, pencerobohan tanah, penceraian bukan islam, harta pusaka, pemecatan kerja, konsultan tuntutan CIPAA dan sebagainya. Di masa lapang, beliau berkongsi ilmu melalui penulisan blog dan sekali sekala menggunakan telefon untuk mengambil dan mengedit gambar secara amatur. Beliau juga adalah seorang glory hunter yang meminati Manchester City dan juga segelas Nescafe Ais diwaktu pagi.
0 Pertanyaan & Jawapan
Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.