>

SKOP DAN PERKHIDMATAN PEGUAM

peguam ampang 2021

MENCARI PEGUAM?

Sekiranya anda mempunyai sebarang isu yang melibatkan perundangan, langkah terbaik adalah dengan merujuk kepada dan mendapatkan nasihat peguam. Anda boleh membaca berpuluh-puluh rencana tentang sesuatu isu perundangan tetapi ianya tidak akan memberi anda gambaran khusus bagaimana sesuatu undang-undang itu diaplikasikan tanpa rujukan lansung dengan peguam. 

Undang-undang sentiasa berkembang dan maju seiring dengan keperluan dan perkembangan semasa. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan dengan undang-undang dibawah ini, anda mempunyai pilihan samada untuk merujuk kepada peguam pilihan anda atau anda juga boleh menghubungi saya, sekiranya anda berada di Semenanjung Malaysia.  

1. KES SAMAN MALU / FITNAH (DEFAMATION)

Fitnah. Ianya bukan sahaja memalukan dan menjatuhkan reputasi malah ianya boleh memecah belahkan keluarga dan masyarakat dan menghancurkan hidup. Dapatkan pandangan peguam mengenai masalah anda, samada anda difitnah atau dituduh melakukan fitnah.

2. KES PENCEROBOHAN TANAH (LAND ENCROACHMENT)

Pencerobohan tanah bukanlah satu perkara yang boleh di ambil mudah. Pastikan langkah-langkah yang perlu anda ambil sebelum anda memulakan tindakan di Mahkamah. 

3. KES KECUAIAN (NEGLIGENCE)

Kecuaian menjalankan sesuatu tanggungjawab atau tugas adalah sesuatu yang boleh diambil tindakan di Mahkamah, apatah lagi sekiranya kecuaian itu menyebabkan kerugian atau lebih malang lagi, kehilangan nyawa. Peguam boleh membantu anda memahami syarat-syarat disisi undang-undang sebelum memulakan tindakan.

4. TUNTUTAN HUTANG (DEBT RECOVERY)

Hutang, samada hutang persendirian atau korporat, walaupun untuk memberikannya adalah sesuatu perkara yang cukup mudah namun proses untuk  menuntut hutang boleh menjadi proses yang sangat komplek dan rumit tanpa penglibatan peguam. Samada membuat tuntutan untuk amaun yang kecil di Mahkamah Tuntutan Kecil (bawah RM5,000) atau amaun yang lebih besar, mendapatkan pandangan peguam boleh membantu anda merangka langkah yang terbaik.

5. PECAH KONTRAK (BREACH OF CONTRACT)

Tindakan pecah kontrak boleh merujuk kepada apa sahaja jenis perjanjian yang dibuat diantara pihak-pihak yang berkontrak. Apabila salah satu pihak gagal untuk menjalankan tanggungjawab mereka berdasarkan perjanjian, maka pecah kontrak berlaku. Peguam akan membantu anda menilai kekuatan kontrak anda dan bagaimana untuk bertindakan ke atas pihak yang mungkir.

6. BANKRAPSI / MUFLIS & PENGGULUNGAN SYARIKAT (BANKRUPTCY & WINDING UP OF COMPANIES)

Muflis dan penggulungan syarikat bukanlah penyudahan muktamad untuk individu dan syarikat-syarikat. Dapatkan penjelasan terperinci tentang bagaimana proses bankrapsi dan penggulungan syarikat dijalankan.

7. HARTA PUSAKA (PROBATE & ESTATE ADMINISTRATION)

Pembahagian harta pusaka adalah suatu perkara yang perlu dilakukan dengan penuh tertib dan teliti. Apatah lagi ianya melibatkan hak-hak para waris yang perlu dipenuhi dengan sempurna. Khidmat peguam sangat penting bagi membolehkan proses pembahagian harta pusaka kepada kesemua waris waris yang layak dapat disempurnakan.

8. BUANG KERJA & UNDANG-UNDANG PEKERJAAN (EMPLOYMENT TERMINATION AND LAW)

Seorang pekerja telah diberhentikan kerja? Majikan telah memberhentikan perkhidmatan pekerjanya? Adakah pemberhentian tersebut telah mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan oleh undang-undang? Konsultasi tentang proses dan hak mengikut Akta Pekerjaan adalah penting bagi pekerja dan majikan. 

9. PERLANGGARAN HAKCIPTA (COPYRIGHT INFRINGEMENT)

Apa itu harta intelek dan hakcipta? Bagaimana ianya boleh dicerobohi? Harta intelek adalah sesuatu isu yang sering dipinggirkan oleh masyarakat umum apatah lagi mengenai kesedaran tentang perlanggaran hak cipta. Ini tidak seharusnya berlaku.

10. TUNTUTAN CIPAA 2012 (CIPAA CONSULTATION)

Apa itu tuntutan melalui CIPAA 2012? Apa itu Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012? Konsultasi dan kefahaman mengenai tuntutan melalui CIPAA serta proses dan prosedur yang perlu diikuti bagi membolehkan tuntutan dibuat adalah sangat penting bagi pemain-pemain di dalam industri pembinaan (Construction Industry). 

11. TUNTUTAN BADAN PENGURUSAN (MANAGEMENT BODIES CONSULTATION)

Bayaran penyenggaraan ataupun fi maintenance adalah merupakan isu terbesar yang seringkali dihadapi oleh Badan-Badan Pengurusan untuk kediaman-kediaman berbentuk strata. Peguam boleh membantu memberikan nasihat tentang langkah yang boleh diambil terhadap pemilik unit yang ingkar (defaulters).

12. PERCERAIAN BUKAN ISLAM (NON MUSLIM DIVORCE)

Perceraian adalah suatu proses yang boleh menjadi rumit sekiranya pihak-pihak tidak mencapai sebarang kata sepakat dari segi pembahagian harta perkahwinan, penjagaan dan hak lawatan anak-anak atau bayaran alimoni. Dapatkan panduan daripada peguam untuk memudahkan urusan anda. 

lawyer in ampang 2021


0 Pertanyaan & Jawapan

Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.