>

UNDANG-UNDANG & PANDUAN PENGIKLANAN PRODUK KOSMETIK, UBAT-UBATAN & MAKANAN

 
panduan iklan kosmetik, ubat ubatan dan makanan malaysia

UNDANG-UNDANG & PANDUAN PENGIKLANAN PRODUK KOSMETIK, UBAT-UBATAN & MAKANAN (Bahagian 1)

Diantara kegiatan ekonomi yang sangat pesat membangun di Malaysia adalah industri produk berupa kosmetik, ubat-ubatan dan makanan. Kita dapat lihat betapa industri ini telah melahirkan banyak usahawan-usahawan dan tokoh-tokoh perniagaan yang berjaya. Sekiranya anda turut berhasrat untuk menceburkan diri di dalam indutsri kosmetik, ubat-ubatan atau makanan, di antara isu penting yang anda perlu fahami adalah undang-undang dan panduan pengiklanan produk anda.

APA ITU IKLAN?

1. Iklan secara mudahnya bermaksud hebahan maklumat. Sesuatu hebahan maklumat berkenaan dengan produk-produk boleh dilakukan dalam bentuk ucapan, penulisan, bunyian, lakaran atau imej. 

2. Hebahan maklumat ini boleh disampaikan di dalam pelbagai medium termasuklah medium cetak (akhbar, majalah), elektronik (radio, televisyen) ataupun digital (youtube, facebook, instagram).

APAKAH UNDANG-UNDANG YANG MENYELARAS PENGIKLANAN PRODUK-PRODUK KOSMETIK, UBAT-UBATAN & MAKANAN DI MALAYSIA?

3. Di antara undang-undang yang digunapakai untuk menyelaras pengiklanan produk-produk secara umum, di antara lainnya adalah Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (1998), Akta Makanan 1983, Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956, Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016, Akta Peranti Perubatan 2012 dan banyak lagi mengikut jenis dan kriteria produk anda.

4. Setiap iklan-iklan kosmetik, ubat-ubatan dan makanan di Malaysia perlu mematuhi garis panduan - garus panduan yang telah ditetapkan melalui Akta-Akta dan Peraturan-Peraturan tersebut.

AGENSI YANG MEMBANTU MENYELARAS PENGIKLANAN PRODUK-PRODUK KOSMETIK, UBAT-UBATAN & MAKANAN DI MALAYSIA?

5. Di antara agensi-agensi yang membantu menyelaraskan pengiklanan produk-produk kosmetik, ubat-ubatan dan makan di Malaysia, diantaranya adalah Jabatan Pemantauan dan Pematuhan (Kandungan) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Sekretariat Lembaga Iklan Ubat Kementerian Kesihatan Malaysia, Agensi Regulatori Farmasi Negara Kementerian Kesihatan Malaysia dan banyak lagi mengikut jenis-jenis dan kriteria-kriteria produk yang diiklankan.

KEPENTINGAN MENGETAHUI UNDANG-UNDANG DAN AGENSI YANG MENYELARAS  PENGIKLANAN PRODUK-PRODUK KOSMETIK, UBAT-UBATAN & MAKANAN DI MALAYSIA?

6. Kenapa mengetahui undang-undang, agensi dan agensi-agensi yang membantu menyelaras pengiklanan produk-produk adalah penting dan perlu?

7. Pertama; untuk memastikan pengiklanan-pengiklan yang dirancang mendapat kelulusan daripada penyelaras iklan samada badan yang memberikan kelulusan terhadap iklan tersebut ataupun medium-medium formal seperti stesen radio dan televisyen.

8. Kedua; untuk mengelakkan daripada dikenakan sebarang tindakan undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh menyebabkan anda dikenakan denda, hukuman penjara ataupun kedua-duanya sekali.

9. Ketiga; untuk memastikan iklan produk anda tidak di salah tafsir dan di salah faham oleh masyarakat yang boleh menyebabkan masyarakat membuat aduan terhadap produk-produk anda.

10. Keempat; untuk memudahkan urusan rujukan terhadap undang-undang dan agensi-agensi yang berkait rapat di dalam menyelaras kandungan iklan produk-produk anda.

produk kosmetik

Jika anda berhasrat untuk mendapatkan khidmat nasihat dan jururunding bagi pengiklanan produk-produk kosmetik, ubat-ubatan dan makanan anda, anda boleh menghubungi kami di 012 9797 494 atau email norhafeezlaw@gmail.com. 

cara meluluskan iklan perubatan


0 Pertanyaan & Jawapan

Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.