>

PEMERIKSAAN SAKSI DAN DOKUMEN SEWAKTU SESI BICARA PENUH

 

bicara penuh di mahkamah

PEMERIKSAAN SAKSI DAN DOKUMEN SEWAKTU BICARA DI MAHKAMAH

1. Para peguam bagi pihak masing-masing akan diberikan peluang secukupnya untuk bertanya soalan-soalan kepada saksi-saksi yang dibawa ke Mahkamah, dengan tujuan samada untuk menyokong sesuatu tuntutan atau untuk mencabar kesahihan sesuatu tuntutan. Proses ini di panggil proses Pemeriksaan.

2. Proses Pemeriksaan terbahagi kepada 3 sesi. Sesi pertama dipanggil Pemeriksaan Utama. Sekiranya anda adalah orang yang menyaman ataupun Plaintif, lazimnya anda akan turut dipanggil sebagai saksi.  Peguam anda akan memulakan pemeriksaan terhadap anda dengan soalan-soalan untuk menyokong tuntutan anda.

3. Selepas tamat sesi Pemeriksaan Utama, Sesi kedua yang dipanggil Pemeriksaan Balas akan terus dijalankan. Pemeriksaan Balas akan dijalan oleh peguamcara orang yang anda saman ataupun Defendan. Objektif Pemeriksaan Balas adalah untuk mencabar kesahihan dan mencari kelemahan tuntutan anda.

4. Selepas tamat sesi Pemeriksaan Balas, proses bicara akan terus disambung dengan sesi ketiga iaitu sesi Pemeriksaan Semula. Sesi ini akan dikendalikan oleh peguamcara anda sendiri. Fungsi sesi ini adalah untuk memberi peluang kepada anda memberikan penerangan lanjut terhadap apa-apa soalan yang tidak dapat anda jawap sewaktu sesi Pemeriksaan Balas.

5. Setiap saksi daripada kedua-dua belah pihak akan melalui ketiga-tiga sesi-sesi ini. Ini selalunya akan menyebabkan sesi pemeriksaan dan proses bicara menjadi sangat lama. Lebih-lebih lagi sekiranya pihak-pihak mempunyai saksi-saksi yang ramai.

Hubungi kami di 0129797494 atau menerusi email di norhafeezlaw@gmail.com atau menerusi kotak pertanyaan untuk sebarang maklumat lanjut.

saksi di mahkamah


0 Pertanyaan & Jawapan

Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.