>

SAMAN SIVIL DAN PROSESNYA

 

peguam saman sivil, apa itu saman sivil, proses saman sivil

SAMAN SIVIL DAN PROSESNYA

Apabila kita memulakan suatu tindakan undang-undang, lazimnya tindakan tersebut diambil dengan objektif untuk menuntut hak-hak atau gantirugi disebabkan oleh perlanggaran hak-hak tersebut. Terma yang sering kita dengar adalah saman sivil. Apakah itu saman sivil? Apakah proses dan prosedur sesebuah saman sivil? 

APA ITU SAMAN SIVIL?

1. Secara mudahnya, saman sivil di Malaysia adalah tindakan undang-undang melalui Mahkamah yang dimulakan oleh satu pihak bagi menentukan liabiliti ataupun tanggungjawab pihak yang lain di dalam suatu perlanggaran atau pertikaian hak.

2. Kesemua jenis tindakan saman melalui Mahkamah yang tidak melibatkan jenayah ataupun syariah, adalah dibawah undang-undang sivil.

CONTOH SAMAN SIVIL

3. Tindakan sivil merangkumi dataran undang-undang yang sangat luas dan bercabang-cabang. Contoh saman sivil yang kerap kita dengar adalah saman tuntutan hutang, saman tort yang dengan sendirinya melibatkan skop yang cukup luas seperti Kecuaian, Fitnah atau Pencerobohan Tanah dan banyak lagi. 

4. Majoriti di kalangan peguam gemar mengendalikan apa sahaja jenis saman sivil di bawah payung litigasi umum (general litigation). Ada sesetengah peguam pula memilih untuk mengkhususkan kepakarannya di dalam satu skop. Sebagai contohnya, terdapat peguam-peguam yang hanya mengkhususkan kepakarannya di dalam kes-kes fitnah atau kecuaian perubatan.

peguam sivil kuala lumpur, contoh saman sivil

PROSES LAZIM SAMAN SIVIL

Notis Tuntutan

5. Adalah menjadi kelaziman untuk sesuatu saman sivil dimulakan dengan Notis Tuntutan. Notis Tuntutan ini adalah dokumen berbentuk surat yang dikeluarkan dan dihantar oleh peguam yang mewakili pihak yang ingin menyaman kepada orang yang ingin di saman. 

6. Walaubagaimana pun disisi undang-undang tiada kewajipan untuk sesuatu Notis Tuntutan dikeluarkan, kecuali diwajibkan melalui kontrak, namun tindakan mengeluarkan Notis ini adalah sebagai langkah awal untuk mengelakkan sesuatu kes itu terpaksa dibawa ke Mahkamah.

7. Sekiranya selepas Notis Tuntutan dikeluarkan dan peguam mendapati tiada tindak balas positif daripada pihak yang ingin disaman, maka pada waktu luputnya tempoh masa yang diberikan, pihak yang ingin menyaman mempunyai pilihan untuk meneruskan dengan tindakan saman.

Saman

8. Peguam akan bertindak untuk menyediakan dokumen yang dikenali sebagai Writ dan Pernyataan Tuntutan ataupun Saman Pemula dan Afidavit Sokongan, bergantung kepada jenis-jenis kes yang ingin dimulakan oleh pihak yang ingin menyaman.

9. Dokumen-dokumen ini seterusnya akan diserahkan kepada pihak yang ingin di saman yang kini dikenali sebagai Defendan ataupun Responden bergantung kepada jenis tindakan yang dimulakan. 

10. Defendan (bagi Writ Saman) atau Responden (bagi Saman Pemula) akan melantik peguamnya sendiri untuk menjawab atau mencabar tuntutan-tuntutan yang dibuat melalui Writ atau Saman Pemula tersebut. 

Penghakiman/Perintah

11. Proses saman sivil pada lazimnya diteruskan dengan proses Bicara Penuh bagi Writ dan proses Pendengaran bagi Saman Pemula. Di sini para Hakim yang bijaksana seterusnya akan membuat keputusan samada berpihak kepada Plaintif/Pemohon ataupun Defendan/Responden dimana keputusan saman sivil melalui Writ akan berakhir dengan Penghakiman dan Perintah bagi proses yang dimulakan melalui Saman Pemula.

Untuk mengetahui tentang proses Bicara Penuh boleh baca disini: https://norhafeezlaw.blogspot.com/2021/06/proses-bicara-di-mahkamah.html

-----

Apa kesannya jika anda tidak hadir ke Mahkamah? Baca DI SINI.

Sekiranya anda telah di saman, anda juga boleh mendapatkan penilaian ringkas dengan mengisi Borang Kes Defendan DI SINI.

_______________________


Penafian: Rencana di dalam Norhafeezlaw[dot]com ini diterbitkan dengan tujuan untuk kesedaran dan pengetahuan umum. Mana-mana bahagian yang terkandung di dalam rencana ini tidak boleh dijadikan panduan untuk memulakan tindakan undang-undang secara sendirian, tanpa terlebih dahulu merujuk kepada seorang peguam yang berpengalaman. 

Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan rencana ini atau untuk mengatur sesi konsultasi guaman, anda boleh berhubung dengan mana-mana peguam pilihan anda, atau pun anda boleh menghubungi kami [Firma Guaman Tetuan Hafeez & Hazlina] melalui whatsapp dengan menekan imej diatas.

7 Pertanyaan & Jawapan

  1. Slm subuh,sy ingin bertanya jika sy mendapat text wassaap dari nombor yang tidak dikenali dgn unsur menyumpah sy dan keluarga sy mati kena covid,blh ka sy failkn sama ke atas nombor telefon tersebut?

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum,saya ini bertanya APA tindakan Yang patut Di ambil sekiranya rakam sekerja merakam perbualan Dan mengakibatkan pergaduhan.

    BalasPadam
  3. Selamat malam..saya nak tanya, apa harus saya buat ,dulu saya dan ex suami ada membeli barang dari kedai SINGER ,dan sekarang pihak dari SINGER terus mencari saya atas sebab barang tak dibayar sebab barang atas nama saya.sedangkan barang itu ada dekat ex suami dan bini baru dia.apa perlu saya lakukan??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila nama barangan di atas nama ciik, maka cik yang bertanggungjawab untuk buat pembayaran. Walaupun orang lain yang guna.

      Padam
  4. Salam.. Saya terlibat kemalangan jalan raya berpunca pergeselan antara motosikal penunggang lain dengan motosikal Saya. Akibat dari kemalangan itu saya mengalami kecederaan patah peha kiri dan beberapa tahun ulang alik ke hospital mendapatkan rawatan sehingga menjalani 10 kali pembedahan. Saya menerima 40% penilaian jemaah doktor perkeso untuk Hilang Upaya Kekal HUK. Setelah itu,saya kehilangan pekerjaan kerana ditamatkan perkhidmatan atas faktor kesihatan. Saya melantik peguam untuk membuat tuntutan pampasan dari insurans motosikal yang terlibat kemalangan dengan saya. Segala Resit,Bil dan dokumentasi diserahkan untuk perbicaraan kes. Setelah satu (1)tahun perbicaraan,dan saya tidak dimaklumkan apa tuntutan yang dibuat dan apa keputusan oleh mahkamah. Yang pasti wakil peguam saya menyerah borang untuk ditandatangani iaitu amaun caj guaman 25%. Serta baki wang tunai sebanyak RM30K setelah ditolak caj guaman itu dari nilai bayaran tuntutan pampasan oleh pihak Insurans sepenuhnya adalah berjumlah RM40K. Saya mula meragui, mengesyaki ada yang tidak kena dengan hal berkaitan. Dimanakah saya boleh dapatkan keputusan mahkamah atau copy jugdment berkaitan kes saya ini selain melalui guaman saya? Sekiranya saya tidak berpuas hati atas tuntutan dan tindakan guaman saya itu,apa tindakan perlu atau boleh saya lakukan?

    BalasPadam

Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.