Proses perceraian adalah sesuatu proses yang rumit. Ianya bukan sahaja memberi impak kepada pasangan yang ingin bercerai, malah ianya memberikan kesan terhadap anak-anak. Bagi sesuatu proses cerai bukan islam, bagaimana dengan hak jagaan anak-anak (custody of children)? Siapakah yang akan mendapat hak jagaan anak-anak selepas perceraian dimuktamadkan bagi pasangan bukan islam?
MAKSUD ANAK-ANAK DALAM PERKAHWINAN
1. Anak-anak daripada sesuatu perkahwinan bermaksud anak-anak yang berumur bawah 18 tahun. Ianya termasuklah anak tiri yang telah diterima oleh pasangan, anak tidak sah taraf (illegitimate child) dan juga anak angkat (adopted).
BIDANG KUASA MAHKAMAH
2. Secara ringkas, Mahkamah mempunyai kuasa untuk menentukan siapa yang berhak untuk mendapat hak jagaan anak-anak selaras dengan peruntukan undang-undang di dalam s.88 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976.SIAPA YANG AKAN MENDAPAT HAK JAGAAN SELEPAS CERAI?
3. Hak untuk menjaga anak-anak boleh dimohon oleh samada ibu atau bapa kepada anak-anak tersebut. Namun begitu, hak jagaan tersebut bukan sahaja boleh diberikan kepada ibu atau bapa anak-anak tersebut, malah di dalam keadaan-keadaan tertentu (exceptional circumstances), hak tersebut boleh di amanahkan kepada ahli keluarga atau mana-mana pertubuhan penjagaan kanak-kanak.
HAK JAGAAN BOLEH DI AMANAHKAN KEPADA PIHAK KETIGA
4. Ini akan berlaku sekiranya Mahkamah berpendapat bahawa jagaan di bawah ibu atau bapa adalah tidak sesuai dan tidak wajar.5. Apa kah keadaan-keadaan yang boleh menyebabkan hak jagaan anak-anak di amanahkan kepada ahli keluarga? Mahkamah perlu berpuas hati bahawa kedua-dua ibu dan bapa anak-anak tersebut tidak wajar diberikan hak penjagaan anak-anak .
6. Sebagai contoh jika ibu dan bapa tersebut mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti ketagihan dadah atau alkohol ataupun ibu atau bapa tersebut tidak mempunyai kemampuan atau sumber kewangan yang mencukupi untuk menjaga anak-anak mereka.
PERTIMBANGAN MAHKAMAH TERHADAP KEBAJIKAN ANAK-ANAK
7. Walau bagaimana pun, pertimbangan utama Mahkamah sebelum memutuskan hak penjagaan anak-anak adalah kebajikan (welfare) anak-anak itu sendiri.
8. Mahkamah akan mengambil kira kemahuan ibu bapa anak-anak tersebut dan juga kemahuan anak-anak itu sendiri, sekiranya anak-anak itu mampu menyatakan kemahuannya secara bebas, lazimnya anak-anak yang berumur 8 tahun dan ke atas.
ANGGAPAN YANG BOLEH DIPATAHKAN (REBUTTABLE PRESUMPTIONS)
9. Bagi anak-anak yang berumur 7 tahun dan kebawah, anggapan asal adalah; adalah lebih baik untuk anak-anak tersebut berada di bawah jagaan ibu melainkan bapa dapat menunjukkan bahawa hak jagaan tersebut tidak wajar diberikan kepada ibu. Ini dinamakan rebuttable presumption.
10. Apakah maksudnya? Rebuttable presumption di dalam konteks s.88 (3) Akta Membaharui Undang-Undang (perkahwinan dan perceraian) 1976 ini secara mudahnya bermaksud bapa perlu membuktikan kepada Mahkamah kenapa ibu tidak patut mendapat hak jagaan anak tersebut dan kenapa jagaan bapa ada lebih baik untuk kebajikan anak-anak.
CONTOH REBUTTABLE PRESUMPTIONS
11. Jika bapa dapat membuktikan bahawa ibu, di antara lainnya, mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat, tidak mempunyai kewangan yang mencukupi atau mendera (abusive) anaknya, sebagai contoh, maka hak jagaan tersebut boleh diberikan kepada bapa.
12. Namun ianya turut bergantung kepada samada jagaan dibawah bapa juga adalah baik untuk anak-anak tersebut. Sekiranya Mahkamah mendapati sebaliknya, hak penjagaan tersebut boleh di amanahkan kepada pihak ketiga.
MEMBATALKAN HAK PENJAGAAN
13. Apabila pasangan yang mendapat hak penjagaan selepas diberikan hak tersebut di dapati tidak layak untuk menjaga anak-anak, pihak yang satu lagi boleh memohon agar satu perintah pengisytiharan daripada Mahkamah berkenaan ketidaklayakan pasangan untuk mendapat penjagaan anak-anak.
HAK PENJAGAAN LEBIH DARI SATU ANAK
14. Sekiranya pasangan yang bercerai mempunyai lebih daripada satu anak, Mahkamah tidak berkewajipan untuk memberikan hak jagaan untuk kesemua anak-anak tersebut kepada salah satu pihak.
15. Mahkamah akan mempertimbangkan kebajikan setiap satu anak-anak tersebut secara berasingan.
TEMPOH MASA HAK JAGAAN ANAK-ANAK
16. Undang-undang telah menetapkan bahawa tempoh penjagaan anak-anak akan luput apabila anak-anak tersebut mencapai umur 18 tahun melainkan terdapat perintah Mahkamah yang menetapkan sebaliknya.
HAK PENJAGA TERHADAP ANAK-ANAK YANG DIJAGA
17. Apabila perintah penjagaan anak-anak diberikan kepada satu pihak tersebut, pihak tersebut mempunyai hak untuk memutuskan perkara-perkara berkaitan dengan asuhan atau pendidikan anak-anak tersebut.
Untuk maklumat lanjut, rujuk pautan berikut:
👉 Proses cerai Non Muslim (Bukan Islam)
👉 Isu yang perlu diputuskan sebelum cerai
👉 Bolehkah bercerai dalam tempoh 2 tahun
👉 Hak penjagaan anak selepas cerai
👉 Pembahagian aset perkahwinan
👉 Soal Jawab ringkas tentang perceraian Non Muslim (BM/BI)
Hubungi kami di 0129797494 atau menerusi email di norhafeezlaw@gmail.com atau menerusi kotak pertanyaan untuk sebarang maklumat lanjut.
12 Pertanyaan & Jawapan
Nama saya DenishKumar,saya khawin Belum 1tahun lagi tapi isteri saya Minta cerai Dan Kita Ada anak laki Umur 9bulan.boleh buat cerai ke?
BalasPadamTidak boleh
Padamboleh dijaga oleh mana-mana pihak mengkut persetujuan tetapi perlu ambil kira kepentingan dan keperluan anak kecil itu
BalasPadamSalam sejahtera, saya ada sesetengah soalan yg ingin ditanya..sya dan hsbnd sudah setahun lbih tidak tnggal sebumbung dan kmi mpunyai seorang cahaya mata yg berumur 5tahun lbih , dsbbkn sya yg ingin brpisah(tidak tnggal brsama) atas sbb trtntu.. Dia mngmbil kputusan sndiri utk mngmbil dan mnjaga anak sya tnpa kerelaan sya.. Sekarang dia pun dh ada isteri baru(blum sah) dan tnggal brsama dgn anak kmi skli.. Apabila balik jmpa sya, anak sya sllu mngdu dia kna mrh smpai ada kesan lebam kt dahi..saya ada mngmbil gmbar kesan lebam tersebut , dan video anak sya yg mngatakn perempuan trsebut memukul dia..tetapi sya tidak ada bukti video perempuan tersebut sdg memukul anak saya..anak sya dikelilingi org2 yg negatif , seorang mak tiri dan ayah yg pemabuk , panas baran dan kaki pukul.. Sya risau sekiranya keadaan terus berlarutan, emosi dan fizikal anak sya trgnggu..sya risau anak sya yg msih muda mngalami kecenderungan hidup disbbkn keadaan kehidupan beliau yg terabai..sekiranya saya dan hsbnd brsetuju utk mmbuat petisyen pnceraian brsama ,adakah cerah harapan sya utk mndapatkn hak jagaan ke atas anak sya? Boleh ke bukti gmbar dahi anak sya yg lebam digunakan utk dijadikn bukti dekat mahkamah nnti? Boleh ke sya membuat rayuan tuntutan hak jagaan anak sya nnti skiranya hsbnd tidak mahu mmbrikn krjsama tntang hak jagaan tersebut? Bagaimana pendapat tuan? Sekian dri saya, terima kasih..
BalasPadam#seorang cahaya mata lelaki
PadamBoleh hubungi En.Hafeez secara whatsapp di talian 0129797494 untuk atur konsultasi
PadamApakah hak penjagaan bersama,sekiranya mahkamah telah tentukan HK penjagaan bersama tpi..dgn tiba tiba si ibu ingin kan hak penjagaan penuh see sebab si ayah tdk mmpu bgi nafkah penuh tuntutan...adakah si ibu boleh berbuat demikian Dan menjauhkan Dan membawa sia anak jauh dari si ayah hanya kerna su ayah tdk mampu memberi tuntutan nafkah penuh.. sebab si ayah..tdk mmpu..
BalasPadamPerlu dibuktikan di Mahkamah dengan bukti-bukti yang kukuh. https://www.norhafeezlaw.com/2021/04/hak-penjagaan-anak-selepas-cerai-non-muslim.html
PadamSekiranya suami mohon cerai, atas alasan abuse oleh isteri dan keluarga dan mempunyai sorang cahaya mata berumur 1 tahun perempuan, Adakah suami berhak dpt jagaan anak kerana mempunyai bukti kelakuan isteri dan keluarganya tidak sihat?
BalasPadamPerlu dibuktikan di Mahkamah dengan bukti-bukti yang kukuh. l https://www.norhafeezlaw.com/2021/04/hak-penjagaan-anak-selepas-cerai-non-muslim.htm
Padamsekiranya kedua - dua pihak memohon cerai bolehkah ayah mendapat hak jagaan anak lelaki berumur 2 tahun
BalasPadamSaya ada jiran yang menjaga cucu hasil perkahwinan anak perempuan beliau (kahwin tak daftar). Masalahnya sekarang anak perempuan beliau telah meningga dunia & lelaki (pasangan) tidak mahu memberikan keizinan jiran saya menjaga cucu mereka kerana lelaki tersebut tidak mengakui anak tersebut anak beliau. apakah yang jiran saya boleh lakukan supaya mendapat hak penjagaan cucu beliau?
BalasPadamAnda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.