>

DAKWAAN ATAS KESALAHAN MELIBATKAN HAKCIPTA

kesalahan hakcipta


DAKWAAN ATAS KESALAHAN MELIBATKAN HAKCIPTA

Kita sering mendengar kes-kes di Mahkamah yang melibatkan peniaga-peniaga yang didakwa di atas kesalahan yang melibatkan hakcipta. Lazimnya kes-kes begini melibatkan karya-karya hakcipta yang di cetak rompak dan dijual kepada awam. Apakah kesalahan-kesalahan dibawah Akta Hakcipta yang boleh menyebabkan seseorang boleh didakwa di Mahkamah?

KESALAHAN MELIBATKAN HAKCIPTA

1. Akta Hakcipta telah menggariskan 11 kesalahan-kesalahan yang boleh didakwa di Mahkamah. Kesalahan-kesalahan tersebut sebahagiannya adalah seperti yang berikut:

(i) Apabila seseorang itu membuat cetakan untuk tujuan jualan atau sewaan sesuatu karya hakcipta yang dicuri;

(ii) Apabila seseorang itu menjual, menyewakan, atau untuk tujuan perniagaan, menawarkan untuk menjual atau menyewakan karya hakcipa yang dicuri;

(iii) Apabila seseorang itu mengedarkan karya hakcipta yang dicuri;

(iv) Apabila seseorang itu memiliki sesuatu karya hakcipta yang dicuri (yang bukan digunakan untuk kegunaan peribadi);

(v) Apabila seseorang itu, untuk tujuan perniagaan, mempamerkan kepada umum suatu karya hakcipta yang dicuri;

(vi) Apabila seseorang itu membawa masuk ke dalam negara sesuatu karya hakcipta yang dicuri; 

(vii) Apabila seseorang itu memiliki sesuatu bahan yang digunakan untuk membuat salinan karya hakcipta yang dicuri, sebagai contohnya memiliki alat penyalin DVD atau DVD-R untuk tujuan membuat salinan cetak rompak.

2. Bagi maksud kesalahan-kesalahan (i) hingga (vi), sesiapa yang mempunyai 3 atau lebih karya hakcipta di dalam format yang sama, melainkan beliau boleh membuktikan sebaliknya, beliau dianggap memiliki karya tersebut bukan dengan tujuan untuk kegunaan peribadi.

copyright lawyer

HUKUMAN SEKIRANYA DI SABITKAN

3. Sekiranya seseorang itu disabitkan di atas kesalahan-kesalahan (i) hingga (vi) di atas, beliau boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari RM2,000.00 dan tidak lebih dari RM20,000.00 untuk setiap salinan karya hakcipta yang dicuri, atau hukuman penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. 

4. Untuk kesalahan seterusnya, beliau boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari RM4,000.00 dan tidak lebih dari RM40,000.00 untuk setiap salinan karya hakcipta yang dicuri, atau hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

5. Apa maksud kesalahan seterusnya? Sebagai contoh, seseorang itu telah didakwa menjual salinan cetak rompak dua buah tajuk filem. Untuk filem yang pertama, beliau boleh didenda tidak kurang dari RM2,000 untuk satu salinan atau penjara tidak lebih dari 5 tahun, atau kedua-duanya. Untuk filem yang kedua, beliau boleh didenda tidak kurang dari RM4,000 untuk satu salinan atau penjara tidak lebih dari 10 tahun atau kedua-duanya. Bayangkan apabila kedua-duanya dicampur.

6. Sekiranya seseorang itu disabitkan di atas kesalahan (vii), beliau boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari RM4,000.00 dan tidak lebih dari RM40,000.00 untuk setiap bahan atau alat untuk menciplak karya hakcipta yang dicuri, atau hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali. 

7. Untuk kesalahan seterusnya, beliau boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari RM8,000.00 dan tidak lebih dari RM80,000.00 untuk setiap salinan karya hakcipta yang dicuri, atau hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

KOMPAUN

8. Kesalahan-kesalahan yang dinyatakan di dalam seksyen 41 (1) adalah kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun. Pihak penguasa boleh mengkompaun individu yang terlibat didalam kesalahan-kesalahan ini. Sekiranya individu tersebut dapat membayar kompaun, prosiding tidak akan diteruskan terhadap beliau.

KADAR JAMINAN

9. Kadar jaminan yang dikenakan terhadap individu-individu yang dituduh melakukan kesalahan-kesalahan di bawah Hakcipta berbeza-beza mengikut jenis kesalahan.

10. Pada 2014, 4 orang telah di dakwa atas pertuduhan mengedar 1405 drama bersiri secara langgaran, Mahkamah menetapkan amaun jaminan sebanyak RM50,000.00 setiap seorang.

11. Pada tahun 2017, dua orang juruelektrik telah didakwa di atas pertuduhan memiliki 155 alat penyalin DVD-RW dan 270 salinan langgaran DVD filem pelbagai tajuk. Amaun jaminan yang dikenakan adalah RM100,000.00 setiap seorang.

Untuk maklumat lanjut, rujuk pautan berikut:

👉 Apa itu Hakcipta (Copyright)

👉 Jenis karya yang dilindungi Akta Hakcipta.

👉 Tempoh masa perlindungan Hakcipta

👉 Karya yang tidak dilindungi Hakcipta

👉 Tindakan apabila Hakcipta dilanggar

👉 Kesalahan Hakcipta yang boleh didakwa

kesalahan hakcipta, perlanggaran copyright

Hubungi kami di 0129797494 atau menerusi email di norhafeezlaw@gmail.com atau menerusi kotak pertanyaan untuk sebarang maklumat lanjut.

dakwaan atas kesalahan hakcipta
 

0 Pertanyaan & Jawapan

Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.