>

KOS BAYARAN PEGUAM SAMAN MALU / FITNAH

saman malu saman fitnah

KOS PEGUAM SAMAN MALU / FITNAH

Berapa kos saman malu / fitnah di Mahkamah. Anda ingin memulakan tindakan saman malu kerana anda telah difitnah? Anda ingin melantik peguam untuk mewakili anda di Mahkamah? Apa yang anda perlu tahu tentang kos peguam saman malu?

2. Untuk memulakan tindakan di Mahkamah, untuk tindakan apa sekalipun khususnya saman malu/fitnah (Baca Disini - Untuk bagaimanakah cara untuk memfailkan saman malu), adalah disyorkan untuk menggunakan khidmat seorang peguam. 

3. Kos bagi yuran guaman untuk melantik peguam bagi kes saman malu / fitnah pada lazimnya adalah tinggi, bergantung kepada fakta dan komplikasi kes.

4. Kenapa sebegitu, anda bertanya. Kerana saman malu / fitnah bukanlah suatu kes yang ringan dan mudah. Malah apa-apa kes yang melibatkan Mahkamah sebenarnya bukanlah suatu proses yang mudah. Sekiranya mudah sudah pasti semua orang akan membawa kes mereka sendiri tanpa menggunakan peguam. 

proses saman malu

5. Proses dan prosedur Mahkamah kadangkala adalah kompleks dan rumit untuk difahami oleh orang awam. Proses dan Prosedur ini pula wajib dipatuhi dan dipenuhi dengan sebaik mungkin baik dari segi format dokumen, tempoh masa dan tatacara di dalam Mahkamah. 

6. Kegagalan untuk mematuhi sesetengah proses dan prosedur ini boleh menyebabkan tindakan saman anda ditolak atau dibatalkan.

KAJIAN KES SAMAN MALU

7. Di dalam menyediakan tindakan saman bagi pihak seseorang anak guam, terdapat pelbagai elemen yang perlu dikaji, dipuaskan dan dipenuhi sebelum peguam anda berjaya mendapatkan keputusan yang berpihak kepada anda.

8. Elemen yang perlu dipenuhi bagi setiap kes adalah berbeza. Ini memerlukan kajian dan rujukan kepada undang-undang yang terlibat serta ratusan kes-kes yang pernah diputuskan sebelum ini oleh Mahkamah.

9. Bagi membolehkan seorang peguam mendapat akses kepada sumber-sumber rujukan ini, peguam anda sendiri perlu mengeluarkan kos. Ianya tidak datang secara percuma. Apatah lagi untuk meluangkan masa untuk meneliti undang-undang dan kes-kes tersebut, ianya memakan masa yang panjang.

dokumen saman malu

 10. Malah proses untuk menyediakan saman untuk anda juga bukan suatu proses yang mudah. Proses, prosedur dan ketetapan undang-undang perlu dicermati sebaik mungkin terutamanya dari segi masa yang ditetapkan untuk memfailkan sesuatu dokumen.

saksi kes fitnah

11. Selepas menyediakan segala dokumen-dokumen yang diperlukan oleh pihak-pihak dan Mahkamah, peguam juga perlu menyediakan saksi-saksi untuk memberikan keterangan bagi pihak-pihak masing-masing.

12. Bukan semua orang mempunyai pengalaman hadir ke Mahkamah apatah lagi untuk masuk ke kandang saksi dan memberikan keterangan bagi membantu Mahkamah membuat keputusan yang adil dan saksama.

pengalaman peguam fitnah

13. Apa yang perlu anda tahu adalah apabila anda melantik peguam, anda bukan sekadar membayar perkhidmatannya malah pengalamannya dalam mengendalikan kes-kes anda. Sudah pasti anda mahukan peguam yang biasa mengendalikan sesuatu jenis kes itu dan yang boleh menjawab segala persoalan anda dengan baik.

14. Yang pasti, kes-kes saman fitnah adalah kes yang rumit dan tidak mudah dan pastinya kos guaman yang anda perlu keluarkan adalah lazimnya lima angka (belas atau puluh ribu) malah boleh mencecah enam (ratus ribu) atau tujuh angka (Juta) bergantung kepada kes dan peguam. Jangan terkejut jika peguam anda akan memberikan anggaran kos di luar jangkaan anda (yang mana selalunya begitu). Anda perlu bersedia dengan hakikat ini.


Kami menyediakan Borang Kes yang anda boleh isi untuk mengetahui secara lebih mudah dan cepat samada anda mempunyai kes fitnah atau pun tidak. Klik BORANG KES FITNAH NORHAFEEZLAW

_________________________


Penafian: Rencana ini diterbitkan dengan tujuan untuk kesedaran dan pengetahuan umum. Mana-mana bahagian yang terkandung di dalam rencana ini tidak boleh dijadikan panduan untuk memulakan tindakan undang-undang secara sendirian, tanpa terlebih dahulu merujuk kepada seorang peguam yang berpengalaman. 

Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan rencana ini atau untuk mengatur sesi konsultasi guaman, anda boleh berhubung dengan mana-mana peguam pilihan anda, atau pun anda boleh menghubungi kami melalui whatsapp dengan menekan imej diatas.

 SIRI RENCANA SAMAN MALU

9 Pertanyaan & Jawapan

  1. Saya ingin memfailkan saman malu dan scammed.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh hubungi En.Hafeez secara whatsapp di talian 0129797494 untuk atur konsultasi

      Padam
  2. Saya ingin menfailkan saman fitnah yg dibuat terhadap suami sy oleh RAKAN sekerjanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh hubungi En.Hafeez secara whatsapp di talian 0129797494 untuk atur konsultasi

      Padam
  3. Boleh kah saya Saman tuntutan malu kepada orang luar yg merosakkan masa depan anak saya,sehingga melahirkan anak luar nikah Dan tidak mahu bertanggungjawab diatas kesalahan tersebut,saya tidak Akan sekali mengambil dia sebagai menantu..harap penjelasan.
    Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesuatu perkara yang benar walaupun ianya memalukan, tidak boleh menjadi asas yang kuat untuk mengambil tindakan saman fitnah, kecuali syarat-syarat saman fitnah dipenuhi.

      Padam
  4. Bolehkah saya saman seseorang yg mengeluarkan kata fitnah tanpa bukti kepada saya, org itu telah pon buat report polis dan tuduhan adalah fitnah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kandungan laporan polis tidak boleh dijadikan asas kukuh untuk pemfailan saman malu kerana kandungan laporan polis dilindungi dibawah perisai Perlindungan Mutlak (Absolute Privilege)

      Padam
  5. saya di fitnah cabul oleh kakak ipar dan sebarkan fitnah ini kepada adik beradik beliau dan tanpa ada sebarang bukti .kejadian ini telah berlaku di bagitu 4 bulan yang lalu tapi sekarang baru di sebar dan tidak mahu buat report polis .kakak ipar saya tidak membenarkan suami dan anak-anak beliau tahu perkara.saya dan isteri rasa stress dan malu dengan tindakan menfitnah saya ini.boleh saya saman malu/fitnah ini?

    BalasPadam

Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.