TEMPOH MASA HAKCIPTA? MEMAHAMI HAKCIPTA MENERUSI PANDUAN AKTA HAKCIPTA (1987) - Bahagian 3.
TEMPOH MASA PERLINDUNGAN HAKCIPTA SESUATU KARYA DI BAWAH AKTA HAKCIPTA 1987.
1. Berapakah tempoh masa perlindungan Hakcipta yang diperuntukan di dalam Akta Hakcipta 1987 untuk sesuatu karya? Perlindungan Hakcipta bagi sesuatu karya sastera, muzik atau seni diberikan sepanjang hayat pencipta karya tersebut. Perlindungan akan berterusan selama 50 tahun selepas kematian pencipta karya tersebut.
Sekiranya En. Bambang Shah telah mencipta sebuah lagu, maka Hakcipta En. Bambang Shah ke atas lagu tersebut akan berkekalan selama hayat beliau. Selepas kematian En. Bambang Shah, Hakcipta ke atas lagu tersebut akan kekal sehingga lah tempoh 50 tahun luput dari tarikh kematian beliau.
2. Sekiranya karya sastera, muzik atau seni itu tidak pernah diterbitkan semasa hayat penciptanya dan hanya diterbitkan selepas kematian beliau, maka perlindungan selama 50 tahun akan diberikan pada permulaan tahun selepas tahun karya tersebut diterbitkan buat pertama kali.
3. Bagi karya yang mempunyai lebih daripada seorang pencipta, maka 50 tahun akan dikira daripada tarikh kematian pencipta karya yang terakhir.
4. Bagi karya-karya yang diterbitkan, rakaman bunyi, siaran, filem dan persembahan, perlindungan Hakcipta diberikan selama 50 tahun
yang dikira dari permulaan tahun selepas tahun karya tersebut diterbitkan buat pertama kali.
5. Apakah maksud "dikira dari permulaan tahun selepas tahun karya tersebut diterbitkan buat pertama kali"? Maksudnya sekiranya sesuatu rakaman bunyi atau filem itu diterbitkan pada bulan September 2020, maka tempoh masa 50 tahun akan dikira bermula dari bulan Januari 2021.
HAK EKSKLUSIF
6. Apakah hak pencipta keatas "aset" intelek mereka selama mana ianya masih di dalam tempoh perlindungan Hakcipta? Pencipta karya, secara ringkasnya, akan menikmati hak eksklusif untuk mengawal dan menentukan bagaimana karya beliau digunakan.
7. Hak kawalan ini termasuklah hak untuk mengawal:
- pembuatan cetakan di dalam apa sahaja format dan versi;
- bagaimana karya itu disampaikan (communicated) kepada awam;
- bagaimana karya itu di dipersembahkan atau dimainkan (performed, showed and played) kepada awam;
- pengedaran salinan kepada awam samada menerusi penjualan ataupun kaedah pindah milik yang lain;
- penyewaan karya secara komersial.
serta memberikan (atau menolak) kebenaran dan lesen kepada mana-mana pihak ketiga yang ingin menggunakan karya-karya beliau.
8. Pencipta berhak menuntut bayaran ataupun apa-apa bentuk ganjaran ataupun mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang mengeksploitasi karya-karya mereka tanpa kebenaran ataupun lesen.
DOMAIN AWAM
9. Apa yang akan berlaku selepas jangka masa yang ditetapkan untuk perlindungan hakcipta sesuatu karya itu luput? Apabila perlindungan Hakcipta itu luput maka karya tersebut akan menjadi domain awam (public domain).
10. Apa itu domain awam? Ianya bermaksud aset intelek yang telah menjadi hak milik awam di mana sesiapa sahaja boleh menggunakan aset tersebut tanpa memerlukan lesen atau kebenaran.
11. Sebagai contoh karya terkenal pengarah George A Romero, The Night of the Living Dead dan adaptasi filem Peter Pan yang pertama oleh Universal Pictures adalah di antara filem-filem yang telah menjadi milikan awam.
Untuk maklumat lanjut, rujuk pautan berikut:
👉 Apa itu Hakcipta (Copyright)
👉 Jenis karya yang dilindungi Akta Hakcipta.
👉 Tempoh masa perlindungan Hakcipta
👉 Karya yang tidak dilindungi Hakcipta
👉 Tindakan apabila Hakcipta dilanggar
👉 Kesalahan Hakcipta yang boleh didakwa
Hubungi kami di 0129797494 atau menerusi email di norhafeezlaw@gmail.com atau menerusi kotak pertanyaan untuk sebarang maklumat lanjut.
0 Pertanyaan & Jawapan
Anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tanya saya di sini atau whatsapp saya dengan klik butang whatsapp di skrin atau isi borang pertanyaan.